Ni rumah ke kedai tomnyam?

Tinggal seminggu lebih sahaja lagi untuk kita berpuasa dan kemudian, hari yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam iaitu hari raya Aidilfitri akan tiba. Jadi, bila dah nak dekat lebaran macam ni, ramai yang dah mula buat persiapan untuk menyambut hari raya seperti beli baju baru dan biskut raya.

Tak ketinggalan juga yang dah bersemangat dan mula menghias rumah dengan tukar langsir, tampal kad raya pada dinding rumah dan pasang lampu lip lap di luar rumah.

Namun, lain pula untuk sebuah rumah ini apabila pemiliknya memutuskan untuk memasang lampu raya yang lain daripada yang lain.

Ni rumah ke kedai tomnyam?

Kawasan luar rumah tersebut telah dihias dengan lampu berwarna-warni seperti lampu yang digunakan di kedai-kedai makan atau kedai tom yam.

Video lampu hiasan unik rumah tersebut telah sempat dirakam oleh penduduk setempat kawasan itu sebelum dikongsikan di platform TikTok oleh akaun pjoe07 semalam.

Dalam video yang berdurasi selama lapan saat itu, dapat dilihat bahawa kawasan luar rumah itu telah dihias dengan lampu seperti kedai tom yam, dan lampu-lampu tersebut akan bertukar warna dari warna hijau ke warna biru dalam sekelip mata.

Memang lip lap!

@pjoe07 Ini macam baru raya.. #raya2024 #aidilfitri #hariraya ♬ bunyi asal – roybundle

Tom YamSumber: TikTok @pjoe07

Difahamkan, lampu tersebut merupakan lampu RGB yang sering digunakan untuk menghias bilik tidur kerana lampu itu boleh menghasilkan cahaya dalam pelbagai warna.

Lampu hiasan raya unik yang menjadi pilihan pemilik rumah itu telah mencetus pelbagai reaksi lucu daripada warganet.

Ada yang bergurau dengan memberi nasihat kepada tuan rumah agar dia segera menukar lampu lip lip di rumahnya itu kerana risau takut ada orang yang singgah di rumah itu kerana menyangka rumah itu adalah kedai makan.

Mesti senang kalau nak cari rumah dia ni, cari je rumah yang ada lampu tom yam, confirm tak sesat kalau nak pergi beraya.

Baca juga: Berang kena tegur merokok di restoran, lelaki bagi jari tengah