Nikotin punca perokok gagal berhenti merokok

Nikotin punca perokok gagal berhenti merokok.

BUKAN mudah, susahlah nak berhenti. Itulah antara alasan yang lazim digunakan perokok tegar apabila dinasihatkan berhenti merokok.

Hakikatnya, memang sukar berhenti merokok kerana penangan dan tarikan nikotin menimbulkan rasa ketagihan.

Faktor ini menyebabkan sebahagian besar perokok yang mempunyai niat berhenti gagal membebaskan diri daripadanya.

Mana tidaknya, nikotin dan pelbagai racun dalam asap rokok hanya mengambil tujuh saat untuk sampai ke otak dan memberikan kesan keseronokan kepada penghisapnya, menyebabkan niat murni itu terhalang.

*Rokok punca penyakit bahaya*

• Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia, 200 daripadanya beracun dan 63 lagi punca kanser.

*Kandungan racun dalam rokok iaitu:*

• Tar, bahan asas membuat jalan

• Nikotin dan racun serangga

• Acetone, penanggal pengilat kuku

• Arsenic, racun anai-anai

• Ammonia, pencuci lantai

• Formaldehyde, bahan pengawet mayat

• Naphthylamine, ubat gegat

– *Nikotin bertindak balas dalam otak* dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan.

Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung berpunca daripada tabiat merokok.

Risiko kesihatan yang dikaitkan dengan asap rokok termasuk ketagihan, katarak, sakit dada atau angina (20 kali ganda), kemurungan, ulser duodenum, alahan kronik dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD).

Serangan ini menyebabkan keupayaan paru-paru merosot, merosakkan sistem imun, menopaus awal, psoriasis dan arthritis.

– Bahan racun dalam asap rokok mengakibatkan pengurangan bilangan sperma dan merangsang pembentukan sperma tidak normal (yang tidak mampu melakukan persenyawaan).

Ini menyebabkan kemerosotan kesuburan sebanyak 30 peratus.

*Bahan kimia dalam asap rokok* juga menyebabkan penyempitan salur darah dalam uri dan biasanya bayi yang dilahirkan ibu perokok agak kecil (intrauterine growth retardation, IUGR).

*Suhu api rokok ialah 900 darjah Celsius*, boleh menyebabkan reaksi kimia. Asap rokok mengandungi banyak zat kimia dengan jumlah mencapai lebih 3,000 jenis.

*Sekitar 1,200 jenis zat kimia* ini adalah racun dan kebanyakan racun ini merangsang pembentukan barah.

*Asap rokok, cerut atau paip* meliputi daripada dua bahagian iaitu bahagian isi dan gas. Bahagian isi adalah pelbagai sebatian racun yang boleh membunuh antaranya nikotina, fenol, kresol dan piren.

*Panduan berhenti merokok*

• Pengambilan buah-buahan dapat menghalang keinginan merokok. Amalkan mengunyah kismis (atau buah-buahan kering lain) perlahan-lahan.

• Kandungan fruktosa membantu membina perlindungan terhadap kesan nikotin rokok.

• Minum air banyak setiap kali terasa hendak merokok

• Kunyah makanan seperti gula-gula getah atau gula-gula berperisa pudina tanpa gula untuk membatasi keinginan merokok

• Amalan pemakanan herba seperti halia dan cengkih. Halia mempunyai kuasa `bakar’ seperti rokok. Anda boleh mengunyah cengkih. Selain membuat nafas segar, cengkih juga mengandungi bahan antiseptik.

• Sederi, lobak merah, buah-buahan segar dan salad membantu menghilangkan keinginan merokok. Bawa dalam bekas buah-buahan atau sayur yang dipotong ke mana sahaja anda pergi.

• Amalkan mengunyah perlahan-lahan. Lebih lama anda mengambil masa untuk makan, lebih kurang keinginan untuk merokok.

• Ambil makanan kaya galian seperti susu. Kalsium dalam susu dikatakan dapat menenangkan gerak balas yang menyebabkan anda ingin merokok.

Caranya, pastikan susu segar atau skim sentiasa ada. Apabila keinginan muncul, tuang segelas susu dan minum perlahan-lahan.

• Minum teh herba. Caranya, bancuh teh (tanpa gula) dan masukkan perahan limau nipis dan madu. Minum beberapa cawan (teh yang baru disediakan) setiap hari.

• Kuatkan semangat anda untuk berhenti merokok.

• Jangan terpengaruh dengan ajakan atau perlakuan kawan. Katakan pada mereka, anda sedang berusaha untuk berhenti.

• Sentiasa tanamkan motivasi diri dan jika berjaya berhenti merokok, beri penghargaan kepada diri sendiri.

BACA JUGA:

Nak Nampak cantik dan sihat? Wanita ini kongsi tips serta rahsia resipi remidi turun temurun Jus Kunyit!!

CR7 ajak 4 rakan MU bercuti ke Arab Saudi… Bukti hubungan mereka masih akrab

Rahsia Goreng Ikan Bilis supaya Rangup & Tahan Lama, Begini Rupanya!!