Nilai sekeping wang kertas RM50 kini diibaratkan seperti duit syiling 50 sen

Nilai sekeping wang kertas RM50 kini diibaratkan seperti duit syiling 50 sen

Ramai pengguna merungut harga barang yang dijual di kedai runcit lebih mahal jika dibandingkan di pasar raya.

Nilai sekeping wang kertas RM50 kini diibaratkan seperti duit syiling 50 sen yang akan habis dibelanjakan dengan hanya pembelian tiga jenis barangan basah termasuk sayur-sayuran di sebuah kedai runcit.

Tinjauan Utusan Malaysia di tiga buah kedai runcit di daerah Barat Daya di sini mendapati hampir majoriti pengguna memilih melakukan urusan pembelian secara harian dengan masing-masing dilihat membelanjakan sebanyak RM50 kurang tempoh sejam.

Nilai sekeping wang kertas RM50 kini diibaratkan seperti duit syiling 50 sen

Pengguna tiada pilihan beli di kedai runcit lebih mahal

Seorang pengguna, Hasrita Nordin, 39, berkata, dia terpaksa menukar trend pembelian barang keperluan masakan secara harian ketika ini berikutan kos perbelanjaanya sahaja sudah menelan kira-kira RM50 sehari.

Menurutnya, meskipun pembelian di kedai runcit berhampiran kediaman lebih selamat tetapi kesannya lebih parah apabila terpaksa menghadap harga barang yang jauh lebih mahal berbanding di pasar raya besar.

“Setiap hari saya perlu membelanjakan RM50 dengan hanya sekurang-kurangnya tiga pembelian barang keperluan masakan seperti daging ayam yang siap dipotong, ikan dan sayur-sayuran.

“Ini belum lagi barangan yang dibeli secara mingguan iaitu setiap dua minggu sekali seperti beras lima kilogram, gula, kicap, sos, sardin, bihun, gas memasak dan minyak masak botol. Ini sahaja menelan belanja sebanyak RM160,” ujarnya.

Hasrita memberitahu, dia seboleh-bolehnya cuba mengelak melakukan urusan pembelian barang keperluan masakan secara mingguan disebabkan tidak sanggup mengeluarkan wang perbelanjaan yang besar selain disimpan untuk kecemasan.

“Berbanding pada awal tahun lalu iaitu sebelum pandemik, nilai wang RM50 yang digunakan mampu membeli tujuh hingga 10 barang masakan harian tidak termasuk sos, kicap atau gula.

“Mungkin pengguna seperti saya memang terkesan dengan pandemik ini. Dulu memang tak terasa sangat walaupun ada berlaku kenaikan harga barang dan saya hanya berbelanjakan RM800 untuk pembelian secara bulanan,” ujarnya.

Sementara itu, seorang surirumah, Aina Mardiah Mohd. Nor, 41 memberitahu, dia kini sememangnya mengharapkan bantuan keperluan makanan asas daripada pelbagai pihak termasuk orang perseorangan.

“Saya kini tidak malu lagi untuk menagih simpati meminta bantuan berupa beras, maggi dan minyak di mana-mana food bank yang terletak di daerah sama.

“Kami anak beranak hanya mengharapkan gaji bulanan suami yang bekerja di syarikat swasta kira-kira RM2,500 sebulan.

“Jika kos perbelanjaan harian diperuntukkan sebanyak RM50 sehari dan sebulan RM1,500, baki gaji suami hanya tinggal RM1,000 sebelum diagihkan untuk bayaran bulanan rumah sebanyak RM420 kepada pihak bank,” ujarnya.

Berita Penuh : https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/pengguna-tiada-pilihan-beli-di-kedai-runcit-lebih-mahal/?

BACA JUGA :

Suami kantoi curang di Roadblock, polis hanya mampu tengok isteri mengamuk
Gempar !!! Asteroid gergasi bersaiz 3 kali ganda Patung Liberty melintas menghampiri Bumi bulan ini
KEJAM !!! Pasangan suami isteri cungkil mata anak kerana sering dengar bisikan ghaib

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )