Penyanyi dan vokalis Hujan, Noh Salleh, 39, telah berkongsi nama penuh anak angkatnya, Musa, di media sosial sebagai balasan kepada pertanyaan seorang netizen.
Noh, atau nama penuhnya Mohammad Noh Salleh, nampaknya membuat perkongsian tersebut apabila seorang individu menimbulkan persoalan mengenai mengapa nama Musa dihubungkan dengan namanya.
“Dengan penuh hormat, Musa Mohammad Noh bin Abdullah,” jawab vokalis kumpulan Hujan itu.
Walau bagaimanapun, tindakannya mendapat kritikan kerana dianggap kurang sensitif, terutamanya setelah terlibat dalam keadaan kurang menyenangkan berkaitan hak penjagaan anak angkatnya sebelum ini.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu “Angin Kencang” ini tidak menghapuskan komen tersebut walaupun ia terus menjadi sasaran kritikan daripada segelintir netizen.
Baru-baru ini, isu mengenai pertikaian hak penjagaan anak antara Noh dan bekas isterinya, Mizz Nina, menjadi tular apabila anak lelaki berusia dua tahun itu didakwa diambil tanpa kebenaran.
Mizz Nina, nama sebenarnya Shazrina Azman, 44, bersama ibu kandung Musa yang dikenali sebagai Athira, terkilan dengan tindakan terbuka Noh yang memaparkan wajah anak kecil itu di media sosial.
Berikutan kejadian itu, Noh membuat permohonan maaf secara terbuka sebagaimana yang diminta oleh ibu kandung Musa, mengakui tindakannya yang dikatakan melanggar persetujuan di antara mereka.
Sebelum ini, Noh dan Mizz Nina telah berkahwin pada bulan Julai 2011, namun mengumumkan perceraian pada 4 Ogos 2022. Walaupun hidup bersama selama beberapa tahun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata.
Baca Juga : Tabiat pelik Jessica Biel makan sambil mandi buatkan peminat minta periksa mental