[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Nora luah rasa kesal di media sosial, “kena hati-hati sekarang…” nora danish anak nora ariffin nora fatehi nora ariffin nora arnezeder anak nora [/bg_collapse]
Penyanyi, Datuk Nora Ariffin, mengakui sebagai seorang selebriti, dia haruslah berhati-hati dalam mengeluarkan kata-kata di media sosial kerana menjadi tumpuan warganet.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema itu menerusi sebuah coretan ringkas di Instagram miliknya.
Menurut Nora, dia menyifatkan media sosial kini sebagai satu platform yang bahaya kerana walaupun bergurau tanpa ada niat tidak baik, ia boleh menjadi isu yang serius.
“Di media sosial hari ini sangat bahaya, sebagai selebriti tidak boleh bercakap sembarangan.
“Kadangkala kita bercakap, bergurau tanpa ada niat yang tidak baik.
“Itupun boleh menjadi isu. Aduhai,” coretnya di InstaStory.
Dalam perkongsian di InstaStory sebelum ini, penyanyi itu juga ada memberi pandangan mengenai seseorang lebih mudah menjadi popular pada masa kini.
“Ramai orang yang boleh menyanyi sekarang. Nak popular pun senang.
“Tetapi yang membezakan cuma sedap atau tidak dan tuah,” katanya.
Tonton:
Baca:
Suami nekad buat ujian DNA semua anaknya selepas rasa curiga, hasilnya mengejutkan
Hattan tak peduli orang nak kata apa, “Lantak mereka, itu bukan masalah saya!”
Tokti menangis teringatkan Siti Sarah, ini rupanya yang berlaku