Menyaksikan si manja menangis dan merengek disebabkan masalah ekzema yang teruk sehingga kulit berdarah dan berparut.
Ibu bapa sanggup melabur wang ringgit untuk mendapatkan pelbagai produk rawatan untuk menyembuhkan masalah ini.
Bagi mereka yang berdepan dengan situasi serupa, ini petua mudah dan berkesan untuk meredakan masalah ekzema dengan menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur.
Cara Pertama: Mandian Oat
Bahan-Bahan:
– 1 cawan oat
– Kain lampin bayi atau stoking bersih
– Air suam diisi separuh dalam besen mandian bayi
Cara-Caranya:
1. Masukkan oat ke dalam kain dan ikat seperti bentuk bunjut atau gunakan stoking dan ikat menjadi bunjut.
2. Rendam bunjut oat dalam besen mandian selama 15 minit sehingga air bertukar warna seperti susu sepenuhnya.
3. Rendam bayi dalam besen mandian selama 10 minit.
4. Ratakan air oat ke seluruh badan termasuk kepalanya. Setelah mencukupi masa, keluarkan bayi tanpa perlu dibilas dan keringkan seperti biasa.
5. Jika ada minyak kelapa dara, sapu pada kulit bayi. Minyak kelapa dara dapat menyejukkan kulit dan mempercepat proses penyembuhan luka dan parut.
Cara Kedua: Bedak Sejuk Oat
Bahan-Bahan:
– 1 cawan oat (kisar halus)
– 1/4 cawan susu segar
– 2 sudu besar madu asli (bukan madu dari pasar raya)
Cara-Caranya:
1. Gaulkan semua bahan hingga membentuk bancuhan likat. Tambahkan madu untuk melikatkan bancuhan supaya melekat pada kulit.
2. Sapukan campuran ini ke seluruh badan bayi dan biarkan kering selama 15 minit.
3. Gosok kulit bayi dengan kain hingga bedak sejuk oat jatuh.
Sebagai maklumat tambahan, madu merupakan salah satu remedi terbaik untuk merawat dan melegakan keradangan kulit individu yang mengalami ekzema.
Ia tidak hanya dapat mengurangkan kegatalan tetapi juga mempercepatkan proses penyembuhan luka akibat garukan, menyebabkan kulit kurang berparut dan saiz parut mengecil.
Madu juga dapat menjaga kelembapan kulit. Semoga petua ini bermanfaat dan selamat mencuba!
Baca Juga : Jenama pakaian guna Marissa dan Aslam sebagai model akhirnya kena ‘banned’ dari Tiktok