Operasi besar-besar, kedai tomyam pun kena serbu

Sebanyak 11 warga asing telah ditahan selepas didapati melanggar syarat pas semasa pemeriksaan Operasi Bersepadu Warga Asing yang dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sembilan di beberapa restoran tomyam di Nilai petang semalam.

Datuk Bandar MBS, Datuk Masri Razali, menjelaskan bahawa lima premis restoran tomyam di Taman Desa Jasmin dan Taman Desa Casuarina, Nilai, telah diperiksa dalam usaha untuk membanteras kehadiran warga asing.

Pihak JIM memaklumkan bahawa semua yang ditahan merupakan warga Thailand berusia antara 17 hingga 48 tahun.

Operasi besar-besar, kedai tomyam pun kena serbu

“Sebanyak 11 warga asing ditahan melalui dua restoran tomyam yang diperiksa kerana melanggar syarat pas yang telah ditetapkan. Kesemua mereka terdiri daripada lima lelaki, lima wanita, dan seorang kanak-kanak perempuan.

“Mereka sedang disiasat di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” ujar Datuk Masri pada hari ini.

Dalam pada itu, Masri menyatakan bahawa dalam operasi tersebut, notis sitaan telah dikeluarkan terhadap salah satu restoran tomyam kerana tidak memiliki lesen perniagaan dan menjalankan perniagaan secara haram.

“Premis tersebut sedang disiasat di bawah kesalahan Seksyen 70 Akta Jalan Parit Dan Bangunan 1974 (Akta 133) yang melibatkan kesalahan mendirikan struktur atau halangan di tempat awam tanpa kebenaran.

“Selain itu, dua kompaun juga dikenakan kerana melanggar syarat sah lesen di bawah Seksyen UUK 6(3) Undang-Undang Kecil Penjaja MBS berkenaan dengan kesalahan menggaji pekerja warga asing,” tambahnya, sambil memberitahu bahawa MBS turut menyita 180 buah kerusi, 14 unit meja, dan enam tong gas semasa serbuan tersebut.

Baca Juga : Ingatkan suka-suka conteng muka sekali rupanya ini hal sebenar terjadi