Tak kisahlah sama ada pasangan yang dah berkahwin, bertunang atau bercinta, kita semua mengharapkan pasangan kita akan setia.
Malangnya, kes curang berlaku di mana-mana sahaja. Malah, statistik mengatakan bahawa sebanyak 20% pasangan berkahwin mempunyai hubungan sulit dan 70% pasangan yang belum kahwin curang.
Bukan tu je, kita pun selalu dengar orang cakap, once a cheater always a cheater. Jadi, betul ke bila seseorang tu pernah curang, ada kemungkinan besar dia akan curang lagi? Kalau korang nak tahu, baca penjelasan dekat bawah ni…
Apa yang membuatkan seseorang itu curang?
Curang Dalam Perkahwinan Sebab.jpg
Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan seseorang mempunyai hubungan sulit, antaranya kerana hubungan seksual yang tidak memuaskan, inginkan perhatian yang lebih atau saja nak test market.
Lelaki lebih cenderung untuk curang dan semakin berusia seseorang itu, semakin tinggi kemungkinan mereka untuk curang. Lebih-lebih lagi orang yang berusia 55 tahun ke atas.
Adakah orang yang curang akan buat lagi dan apa kemungkinannya?
How Can I Trust My Wife Again After Infidelity
Biasanya, hubungan lampau akan membentuk diri kita dalam hubungan seterusnya dan ada kemungkinan apa yang berlaku pada diri kita sebelum ini akan memberi kesan kepada hubungan dengan seseorang.
Saintis di Denver telah mengenalpasti cara untuk mengesan kecurangan dalam pasangan.
Mereka telah mengkaji 480 orang yang sedang menjalani hubungan yang stabil dengan pasangan mereka untuk mencari tanda-tanda kecurangan bersiri.
Definisi curang dalam kajian ini adalah seseorang menjalinkan hubungan seksual dengan orang lain (selain pasangan mereka). Namun, bercium atau menjalankan hubungan sulit yang melibatkan emosi tidak akan diambil kira.
Kajian ini mengambil masa yang lama iaitu lima tahun untuk mengkaji orang yang menjalani dua perhubungan romantik berbeza dan mereka ditanyakan dengan soalan berikut:
Pernah tak pasangan ada hubungan seksual dengan orang lain sejak memulakan hubungan yang serius?
Hasil dari kajian ini mendapati, orang yang pernah mengalami apa-apa bentuk kecurangan mempunyai risiko yang tinggi untuk mengalami perkara yang sama dalam perhubungan seterusnya.
Selain itu, keputusan kajian menunjukkan:
Orang yang pernah curang mempunyai tiga kali ganda kebarangkalian untuk curang semula.
Orang yang dicurangi pula mempunyai empat kali ganda kebarangkalian untuk mengesyaki bahawa pasangan mereka curang dalam hubungan seterusnya.
Ini kerana, orang akan berterusan untuk bertindak seperti diri mereka dan menyebabkan orang yang curang akan buat semula perkara yang sama.
Kenapa orang yang curang akan mengulangi kesalahan mereka
Woman Arguing Man
Ada dua perkara utama yang membuatkan seseorang itu curang beberapa kali.
Pertama, mereka mempunyai akses untuk mendapatkan pasangan yang diingini. Maksudnya, orang yang curang ni, kalau dorang nampak alternatif yang dorang suka, kemungkinan untuk dorang approach adalah sangat tinggi. Sama ada sebelum ni dorang pernah ada hubungan sulit secara emosi atau seksual, dorang percaya yang pilihan untuk curang masih ada.
Kedua, percaya bahawa kecurangan adalah sebahagian daripada hidup.
Manusia biasanya akan bertindak mengikut perangai mereka. Jadi kalau dorang percaya yang setiap orang boleh curang, dorang tak akan halang diri dorang dari buat benda yang sama.
Disebabkan dorang pernah curang sebelum ini, kemungkinan untuk mengubah pemikiran mereka adalah sangat sedikit dan dorang akhirnya tetap akan buat perangai yang sama seperti sebelum ini.
Orang yang curang akan lebih menerima idea untuk curang setiap kali dorang melakukan kecurangan.
Cara untuk elak dari berlaku curang sekali lagi
Perkara pertama orang yang curang boleh buat untuk hentikan perkara ini adalah dengan mengenalpasti sebab berlakunya perkara tersebut. Dengan cara ini, dorang boleh elak dari ulang perkara yang sama dalam hubungan yang seterusnya.
Selain itu, pakar psikologi atau kaunselor juga boleh membantu orang yang curang untuk berubah. Mereka biasanya akan meminta orang tersebut untuk tahu kenapa dorang bertindak sedemikian dan orang yang curang ni perlu ada kesedaran untuk berubah.
Orang yang curang juga perlu belajar untuk mengawal keinginan mereka. Maknanya, bila dah tahu benda tu salah, tapi buat juga, ia adalah satu perkara yang tak boleh diterima. Jadi, kalau nak berubah, elak dari pergi ke tempat yang ada kemungkinan besar untuk curang atau kurangkan pendedahan kepada situasi tersebut.
Kesimpulannya, orang yang curang memang berkemungkinan besar untuk buat benda yang sama sekali lagi atau berkali-kali, jadi kalau tak ada inisiatif untuk berubah, memang susah…
Baca juga: Pengantin habiskan RM140 Juta untuk majlis kahwin