Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tidak timbul isu takut mati selepas dipertikai seorang ahli Parlimen di Dewan Rakyat hari ini kerana didakwa tidak turun padang melawat hospital.
Beliau berkata, sebagai orang Islam perlu menerima kematian di mana sahaja.
“Sama ada turun padang atau tidak. Yang penting, pasang niat tugas kita nak putuskan rantaian Covid-19,” katanya pada sidang media hari ini.
Berita penuh: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/11/tak-timbul-isu-takut-mati-kata-kp-kesihatan/