Pernikahan dalam masyarakat Melayu sering kali diadakan dalam skala yang besar dengan kehadiran ratusan hingga ribuan tetamu untuk memeriahkan majlis tersebut.
Namun, tren ini mula berubah di kalangan anak muda, di mana beberapa daripada mereka lebih suka mengadakan majlis pernikahan secara kecil, tertutup, dan hanya dihadiri oleh insan terdekat.
Baru-baru ini, seorang pengantin menyuarakan ketidakpuasannya di media sosial kerana mendakwa majlis perkahwinannya menjadi huru-hara disebabkan kehadiran tetamu yang melebihi jumlah yang dijemput asal.
Pengantin tersebut hanya merancang untuk menjemput 150 orang tetamu, menjadikan majlis tersebut lebih intimate dan sesuai dengan pilihan beliau serta keluarganya.
Namun, kekecewaan timbul apabila saudara-mara pengantin cenderung untuk mengundang tetamu tambahan tanpa kebenaran pengantin.
Pengadu menyatakan bahawa jumlah tetamu yang tidak diundang melebihi jemputan asal mencetuskan beberapa masalah, terutamanya dalam hal makanan dan cenderamata.
Pengantin yang tidak mendedahkan identitinya berkata, “Makanan semua jadi tak cukup. Goodies jangan cakaplah. Habis huru-hara, ramai tetamu tak dapat. Ada yang dapat makan kuih je sebab lauk buffet dah habis. Daripada 150 pax terus jadi 400 pax. Rosak majlis saya. Sampai sekarang saya termenung apabila fikir balik pasal majlis tu.”
Reaksi daripada netizen juga memperlihatkan simpati terhadap nasib pengantin tersebut.
Beberapa memberikan nasihat untuk tuan rumah agar menyediakan makanan lebih daripada yang dijangkakan, dan beberapa mengesyorkan penggunaan RSVP dan tag kerusi dengan nama bagi mengelakkan situasi serupa di masa hadapan.
Baca Juga : Khalid Samad nama kuat disebut Pengerusi Amanah Johor