Orang Melaka Pun Sayang Islam! 50,000 Orang Banjiri Dataran Sejarah Kerana Ustaz Abdul Somad

Kehadiran pendakwah Nusantara, Ustaz Abdul Somad ke program Melaka Munajat, malam ini mencetuskan ‘tsunami umat’ apabila lebih 50,000 masyarakat Islam membanjiri Dataran Sejarah di sini.

Keadaan yang jarang berlaku di Bandaraya Bersejarah itu menyaksikan kebanjiran umat Islam ke program agama terbabit sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas lebih lima kilometer.

Bermula jam 7 malam, suasana di Dataran Sejarah diwarnai dengan alunan selawat dan qasidah yang diketuai Ustaz Sayyid Arshid sebelum laungan azan Maghrib oleh Ustaz Abdul Karim Al-Makki.

Ceramah berkaitan Maal Hijrah dimulakan Ustaz Abdul Somad bermula jam 9.15 malam yang berkisar mengenai pengembang Islam Nusantara selain menasihati pengunjung supaya sentiasa patuh dan taat kepada perintah Allah dan Rasulullah SAW.

Baca : Ustaz Kampung Hina Sultan Dalam Whatsapp Di Kutip Polis

Program diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam; Exco Kanan, Datuk Rais Yasin; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman serta beberapa pendakwah tempatan.

Program anjuran kerajaan negeri bersempena tahun baharu hijrah pada 19 Julai ini bermula dengan solat Maghrib dan Isyak berjemaah selain zikir munajat, persembahan nasyid serta ceramah khas.

May be an image of 4 people, speaker, lighting, crowd, concert and text

Ustaz Abdul Somad ke Malaysia dalam siri jelajah sempena tahun baharu hijrah sehingga 16 Julai ini.

Petang tadi, beliau mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.

Esok, beliau dijadual ke Masjid Negeri Shah Alam jam 9 pagi sebelum ke Stadium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut jam 8.30 malam.

Pada Sabtu pula, Ustaz Abdul Somad ke Masjid Daerah Manjung, Perak jam 8.30 pagi serta Dataran Merdeka, Kuala Lumpur (9 malam).

Sementara Ahad pula, pendakwah itu akan berceramah di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, Selangor jam 8.30 pagi sebelum pulang ke Indonesia.

Baca Selanjutnya :

UNTUNGLAH!!! Subsidi RM300 Untuk Tiket Kapal Terbang Kepada Pelajar IPTA

‘Mati Hidup Kembali’ – Lelaki Kembali Ke Rumah Selepas 7 Bulan Ditanam Buat Satu Kampung Terperanjat!

Jika Khalid Di Gelar Pedang Allah, Maka Sanusi Layak Di Gelar Harimau Utara