Tindakan penguatkuasa yang mahu 21 penghuni Blok G PPR Kempas Permai mengosongkan rumah mereka dilihat sebagai satu tindakan yang tidak munasabah.
Dalam tinjauan yang dilakukan, penduduk yang dihalau keluar itu telah menerima notis bagi pengosongan rumah kediaman mereka sedangkan penduduk tersebut mendakwa mereka telah mengikut lunas dan syarat yang ditetapkan.
Timbul juga persoalan berkaitan usaha dari pihak pemimpin di kawasan mereka yang langsung tidak membantu mereka dalam menangani permasalahan yang berlaku.
Menurut salah seorang penduduk di situ memaklumkan bahawa Adun Kempas Ramlee Bohani (UMNO) tidak langsung membantu mereka dalam menyelesaikan kes membabitkan penduduk dengan pemaju PPR tersebut.
Menurut salah seorang pengadu, tindakan pemaju PPR tersebut memerlukan pemimpin yang tertinggi di peringkat negeri bagi mencampuri urusan dalam menyelesaikan pengusiran yang terjadi kepada mereka.
Pengadu juga mendakwa Adun Kempas tersebut hanya mahukan undi semata tanpa membantu masalah yang menimpa pengundinya.
Terkini melalui maklumat yang diterima pihak kami, pemberian tempoh pengusiran penduduk itu telah pun tamat pada tarikh 19 Jun (semalam) sebagai tanda hari terakhir pengosongan perlu dilakukan.