Sebahagian daripada manusia paling kaya di dunia kini terlibat dalam persediaan ekstrem untuk menghadapi “kiamat,” termasuk membina kubu bawah tanah dan menyimpan bekalan hidup secukupnya, menurut laporan akhbar Daily Star.
Salah satu contoh ketua Meta, Mark Zuckerberg, yang sedang membina kubu bawah tanah di Pulau Hawaii. Langkah drastik Zuckerberg ini telah menimbulkan spekulasi tentang persediaan golongan elit untuk menghadapi hari “kehancuran umat manusia.”
Namun, persiapan semacam ini tidak terbatas pada Zuckerberg. Banyak billionaire lain dilaporkan melakukan persiapan sendiri-sendiri untuk menghadapi hari bencana, sementara yang lain mungkin melakukannya secara rahsia.
Sam Altman, pengasas OpenAI, sebuah firma kecerdasan buatan (AI), percaya bahwa dunia menghadapi kehancuran oleh tangan AI yang mungkin menyerang manusia. Dia telah menyediakan persediaan “kiamat” termasuk ubat antibiotik, air, dan berbagai barang lainnya.
“Saya cuba untuk tidak terlalu memikirkannya. Bagaimanapun, saya menyimpan senjata api, emas, potassium iodida, antibiotik, bateri, air, topeng gas, dan tanah luas di Big Sur (pergunungan California) sebagai tempat perlindungan,” katanya.
Altman menyatakan bahwa dia dan pengasas bersama PayPal, Peter Thiel, juga telah mengatur pelarian ke harta milik Thiel di New Zealand sekiranya hari “kemusnahan umat manusia” tiba.
Mark Zuckerberg juga membangun kubu bawah tanah rahsia di bawah ladang ternaknya di Hawaii. Proyek ini dilaporkan melibatkan biaya hingga AS$270 juta (RM1.28 bilion) dan memiliki bekalan makanan dan tenaga sendiri, serta pintu kalis letupan.
Elon Musk, pengasas SpaceX, juga mengumumkan bahwa dia telah membangun pertahanan terbaik untuk menghadapi hari kemusnahan. Beliau membagikan gambar trak bernama Tesla Cybertruck yang dilengkapi kaca perisai untuk melindungi dari peluru berpandu atau robot pembunuh.
Sebuah kubu bawah tanah setinggi 15 tingkat di Kansas, yang awalnya dibina semasa Perang Dingin, juga diketahui dilengkapi dengan segala yang diperlukan untuk bertahan dari serangan nuklear secara langsung.
Baca juga: Lelaki kena denda RM48 Juta selepas tebang pokok jiran depan rumah