PADAN MUKA!- Lelaki Tunjuk K*tek, Cium Pipi Anak Saudara Bakal Dipenjara 10 Tahun

Seorang lelaki menerima padah selepas mencabut kehormatan anak saudara perempuannya ketika mangsa sedang meotong bawang di dapur.

Mahkamah Majistret hari ini mengarahkan lelaki itu membayar denda RM5,000 selepas tertuduh mengaku bersalah atas satu pertuduhan.

Tertuduh yang merupakan pekerja buruh itu juga diperintahkan untuk dikenakan hukuman penjara empat bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut pertuduhan, pada 15 Julai lalu jam 8.30 malam tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah untuk mencabut kehormatan anak saudaranya yang berusia 24 tahun itu.

Ketika kejadian yang berlaku di sebuah rumah itu, mangsa yang sedang memotong bawang di dapur telah didatangi bapa saudaranya yang berdiri di sebelah kiri.

Tertuduh kemudian memegang bahu, memicit sehingga ke rusuk kiri, mencium pipi dan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada seksaan itu jika sabit kesalahan.

Baca Selanjutnya :