Pakai baldi bagi goodies buat ramai lahirkan pelbagai respon

Apabila mengadakan kenduri, tuan rumah biasanya memberikan buah tangan atau goodies bag kepada tetamu yang hadir.

Biasanya, buah tangan yang diberikan berupa makanan atau barangan lain.

Walau bagaimanapun, jarang kita melihat barangan keperluan harian seperti baldi dijadikan sebagai goodies bagi tetamu.

Pakai baldi bagi goodies buat ramai lahirkan pelbagai respon

Baru-baru ini, satu video menjadi viral di mana kelihatan para tetamu dalam sebuah majlis menerima baldi sebagai buah tangan.

Pengguna Instagram yang dikenali sebagai CikSazaa berkongsi video tersebut.

Menurut kapsyen dalam video yang viral itu, idea untuk memberikan baldi kepada tetamu merupakan idea dari ibu pemilik video.

Warganet nampaknya terhibur dengan pemilihan goodies tersebut, dengan ramai yang berpendapat bahawa idea memberikan baldi kepada tetamu adalah sesuatu yang unik dan bernas.

Terdapat reaksi positif terhadap kreativiti dalam pemberian buah tangan yang dianggap luar biasa ini.

Apakah lagi barangan yang boleh dijadikan sebagai buah tangan untuk tetamu selain daripada baldi? Mungkin ini boleh menjadi inspirasi baru untuk majlis kenduri akan datang.

Baca Juga : Lepas ni kalau ada ‘overtime’ boleh ‘claim’ majikan bayar, jangan takut