Pakar sahkan Dinosour pernah wujud di Kelantan, ini buktinya..

Pakar sahkan Dinosour pernah wujud di Kelantan, ini buktinya… Ahli kaji bumi tidak menyangkal dinosaur mungkin pernah hidup di Malaysia berdasarkan bukti dari beberapa kawasan di negara ini dengan batuannya berusia Jura-Kapur antara 203 juta hingga 65 juta tahun lampau sesuai untuk haiwan purba berkenaan hidup.

Kawasan berusia Jura-Kapur dijumpai di Gunung Panti, Johor dan juga di Gunung Gagau yang bersempadan dengan Terengganu, Kelantan dan Pahang yang memberi keyakinan bahawa fosil dinosaur boleh ditemui.

Penyelidik daripada Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

Pakar sahkan Dinosour pernah wujud di Kelantan, ini buktinya..

[bg_collapse view=”button-red” color=”#ffffff” expand_text=”BACA ARTIKEL PENUH” ]

Pada Ogos 2020 lalu, UMK memaklumkan telah menemui tujuh fosil yang didakwa tapak kaki dinosaur dianggarkan berusia puluhan hingga jutaan tahun di Bukit Panau, Tanah Merah.

Penemuan itu dibuat penyelidik daripada Jabatan Geosains, Fakulti Sains Bumi (FSB) UMK yang menemui kesan tapak kaki dipercayai spesies Sauropod dianggarkan berusia 66 juta hingga 160 juta tahun.

Ekplorasi itu diketuai Pensyarah FSB UMK, Arham Muchtar Achmad Bahar dan Prof Surono Martosuwito serta disertai Prof Udi Hartono serta Mohd Syakir Sulaiman.

Penemuan ini jadi bukti dinasour pernah hidup di Kelantan

Arham Muchtar berkata, aktiviti dan penyelidikan berkaitan kewujudan dinosaur di negeri ini bermula Mei 2017 sebelum pihaknya menemui fosil tapak dan laluan trek dinosaur daripada subkumpulan Saurapod di Bukit Panau yang tidak dimaklumkan tarikh penemuan.

“Kami menemui tujuh tapak kaki fosil berukuran purata 72 sentimeter panjang dan lebar dengan purata 66 sentimeter yang tercetak di atas batu pasir kuarsa dari formasi Panau seluas 60 meter persegi.

Penemuan ini membuktikan satu masa dulu, dinosaur pernah hidup di lokasi yang sekarang kita kenal sebagai Tanah Merah, Kelantan,” katanya.

Beliau berkata, pasukannya mengenalpasti tapak kaki dinosaur Sauropod itu adalah sejenis reptilia berkaki empat dalam kategori herbivor yang memakan tumbuh-tumbuhan.

“Berdasarkan bukti tapak kaki dijangka haiwan ini memiliki tubuh besar dengan tulang belakang setinggi sembilan meter, panjang sehingga 22 meter dan berat sekitar 30 hingga 40 tan dan spesies dinosaur ini dikenal sebagai haiwan terbesar hidup di muka bumi ini,” katanya.

Katanya, lanjutan daripada penemuan itu, pihaknya menerbitkan jurnal ilmiah bertajuk ‘The Saurapod Dinosaur Trackways from Tanah Merah, Kelantan’ pada penganjuran Conference on Tropical Resources and Sustainable Sciences (CTRESS) 2.0 secara dalam talian pada 11 dan 12 Ogos lalu.

“Aktiviti penyelidikan dan pencarian dinosaur di kawasan ini bukan perkara baharu kerana sekurang-kurangnya sejak 2016, pihak kami sudah mengadakan beberapa kajian bersama ahli geologi dari dalam dan luar negara.

“Malah, pihak penyelidik menghabiskan lebih 10,000 jam menyiasat dan menjejak dinosaur di negeri ini. Kewujudan dinosaur di Bukit Panau sudah dijangka banyak ahli geologi berdasarkan struktur muka bumi kawasan itu yang dikaitkan dengan kawasan di Thailand Selatan yang mengandungi fosil haiwan prasejarah itu.

“Mengikut geologi Bukit Panau ini, dinosaur Saurapod ini hidup di persekitaran daratan khususnya berdekatan sungai berliku, bagaimanapun secara terperinci kami masih perlukan kajian mendalam kerana data yang diperlukan belum mencukupi,” katanya.

Beliau berharap, penemuan itu akan mendapat maklum balas positif semua pihak bagi meneruskan kajian ini malah pihaknya percaya masih terdapat banyak lagi fosil dinosaur yang tersimpan di dalam batuan Bukit Panau.

Sebelum ini, kumpulan penyelidik yang sama pernah membuat kajian menjejak fosil dinosaur di Taman Negara Kuala Koh dan sekitar hutan di Gua Musang bagi membuktikan kewujudan dinosaur yang pernah mendiami Kelantan.

Arham Muchtar Achmad Bahar dari Fakulti Sains Bumi (FSB) menunjukkan fosil kesan tapak kaki didakwa dinosour spesis Saurapod ditemui di Bukit Panau,Jeli,Tanah Merah, Kelantan.

Arham Muchtar Achmad Bahar dari Fakulti Sains Bumi (FSB) menunjukkan fosil kesan tapak kaki didakwa dinosour spesis Saurapod ditemui di Bukit Panau, Tanah Merah.

Pakar sahkan Dinosour pernah wujud di Kelantan, ini buktinya..

Ketua jabatan Pasukan penyelidik Fakulti Sains Bumi (FSB), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Arham Muchtar Achmad Bahar bersama kumpulannya menunjukkan jenis batuan yang dijumpai di Gua Musang.

Pakar sahkan Dinosour pernah wujud di Kelantan, ini buktinya..

Arham Muchtar Achmad Bahar memeriksa batu besar yang terdapat fosil cengkerang yang dijumpai oleh sekumpulan penyelidik UMK di Felda Aring, Gua Musang.

Tonton:

Baca:

Cara mudah elak berus cat anda keras lepas guna, hanya lakukan ini sahaja

Rakyat Russia berebut beli McDonald’s buat kali terakhir, berjaya jual balik harga RM1.5K

Wanita tergamam bila tahu pilot pesawat yang dinaiki, “anak aku!”

[/bg_collapse]