Panas !!! 500 kakitangan sekolah dipecat selepas tolak vaksin

Hampir 500 kakitangan sekolah awam dipecat selepas enggan mematuhi arahan mendapatkan vaksin Covid-19, lapor laman berita RT News semalam.

Lembaga Sekolah-sekolah Bersatu Daerah Los Angeles membatalkan kontrak 496 pekerja pada Selasa lalu selepas mereka gagal mendapatkan vaksinasi menjelang tarikh akhir pada 15 November lalu, lapor agensi berita Associated Press.

Kakitangan yang enggan divaksin sebelum ini tidak dibenarkan ke sekolah dan telah diberikan cuti.

Panas !!! 500 kakitangan sekolah dipecat selepas tolak vaksin
Suptenden Interim, Megan K. Reilly berkata, keputusan sukar itu dibuat bagi memastikan komuniti di sekolah selamat.

‘’Memecat individu yang memilih untuk tidak divaksin adalah keputusan yang sukar tetapi perlu untuk memastikan komuniti di sekolah selamat,’’ kata Pemangku Penguasa Pelajaran daerah, Megan Reilly selepas sesi pengundian berlangsung.

‘’Kami mendoakan yang terbaik untuk masa depan mereka dan menggalakkan semua orang untuk mendapatkan vaksin,’’ jelasnya.

Walaupun kebanyakan pekerja yang dipecat adalah kakitangan yang tidak bertauliah, ada yang turut berkhidmat dalam tugas penting seperti pengawal, pekerja kafeteria dan pembantu guru.

Los Angeles telah menetapkan peraturan vaksinasi untuk kakitangan dan pelajar yang berlainan daripada negeri-negeri lain di Amerika Syarikat.

Pelajar di daerah itu turut diarahkan menerima vaksin sebelum semester kedua bermula pada 10 Januari depan.

Setakat kelmarin, kira-kira 85 peratus daripada 600,00 pelajar di daerah itu sudah menerima suntikan lengkap.

BACA JUGA : WhatsApp kemaskini baru, padam semua perbualan secara automatik dalam 24 jam
Viral !!! Video RXZ pertama di dunia “Start’ motor pakai “finger print”
Kantoi !!! Video suami terjah isteri berduaan dengan warga asing dalam kereta