“Aku masih bujang lagi, pelik perut tiba-tiba keras, rupanya aku hamil 34 Minggu buat aku terkedu, aku terpaksa buat perjanjian dengan ‘Kakak’”
Cukup lah saya dikenali sebagai Maya. Selain ingin meluahkan luahan saya, saya juga ingin meminta pendapat dan pandangan semua.
Saya berumur lingkungan 20 an yang bekerja di sebuah syarikat swasta di bandar kota dan berjauhan dengan keluarga.
“Aku masih bujang lagi, pelik perut tiba-tiba keras, rupanya aku hamil 34 Minggu buat aku terkedu, aku terpaksa buat perjanjian dengan ‘Kakak’”
Saya pernah dikecewakan dengan putus tunang.
Ceritanya bermula setelah saya putus tunang selama 6 bulan, saya mengenali seorang lelaki cukup lah saya kenali dia sebagai Abu.
Dia sangat ambil berat mengenai saya dan kami selalu keluar bersama cuma saya masih belum bersedia untuk lebih serius dengan dia. Cuma saya terlalu selesa berkawan dengan dia.
Sehingga kesilapan saya di suatu malam saya berasa tidak sihat dan demam, lalu dia membawa saya keluar untuk ke klinik. Selepas ke klinik, dia mengajak saya makan dulu untuk mengisi perut dan menyuruh saya makan ubat untuk sihatkan diri.
Disebabkan kesan ubat yang membuatkan saya mengantuk, saya mengiyakan dan menurut sahaja ajakan untuk bermalam di rumahnya sahaja memandangkan esok saya diberikan cuti sakit dari klinik untuk tidak bekerja. Disebabkan kebdohan diri saya sendiri, kami terlanjur.
Selepas daripada peristiwa itu, saya berasa menyesal dan menjauh darinya. Dan dia semakin berani untuk mesej berbaur lcah dan cuba mengajak mengulangi perkara yang sama.
Disebabkan itu, saya memutuskan untuk tidak lagi menghubungi dengan Abu dengan menyekat dia di whatsapp dan call sebab saya berasa jjjik dengan diri saya sendiri serta perbualan dia yang makin melampaui batas. Selepas itu, kami sudah tidak menghubungi antara satu sama lain.
Dan bermula lah episod episod duka lara saya. Saya dapati diri saya sudah 2 bulan tidak datang haid dan bagi saya itu adalah normal kerana saya memang mengalami masalah h0rmon datang bulan yang tidak stabil sebelum ini sehingga pernah hampir setahun tidak datang haid.
Selepas 4 bulan haid saya masih belom datang, saya dapati perut saya makin buncit dan ramai kawan yang menegur saya semakin gemuk.
Saya anggap itu adalah normal kerana saya memang seorang yang kuat makan.
Jadi, saya telah cuba untuk diet, bersenam untuk kepiskan perut dan memakan pil untuk stabilkan haid saya.
Tapi perut saya semakin mengeras. Saya cuba google mencari tanda tanda sakitnya yang saya alami dan kebanyakan tanda tanda saya itu kemungkinan 0vary cyst.
Selepas vksin untuk dos pertama saya dapati badan saya sakit dan saya telah pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan mengenai perut saya yang mengeras. Dan saya didapati mengandung 34 minggu.
Ye, saya hanya mampu menangis dan menyalahkan diri saya sendiri. Benci dengan diri saya sendiri.
Saya mencari kekuatan sendiri dengan mengadu dan bertaubat bersungguh dengan Allah atas kesilapan saya, dipandang hina oleh ramai orang, tidak akan dipandang mulia, selepas ini tidak ada mana mana lelaki yang sudi menjadikan diri saya yang jijik ini sebagai isteri. Tapi biarlah saya bertaubat dan menyesal untuk Allah terima diri saya ini.
Saya terpaksa rahsiakan dari keluarga kerana keluarga saya dari golongan orang yang kuat agama dan saya tidak mahu mengecewakan mereka dengan kesilapan saya sendiri.
Ramai mengecam tindakan saya tapi saya tidak mahu kehilangan ibu ayah saya kerana mereka ada serangan jantung dan lemah semangat. Saya tidak sanggup hadapinya.
Cerita ini saya hanya meluahkan kepada seorang kawan baik saya serta majikan saya. Mereka lah yang banyak beri sokongan kepada saya. Saya juga telah bertemu dan diambil berat oleh ibu angkat terhadap anak dalam kandungan saya ini.
BACA: JELITA! : Menawan Sungguh Penampilan Terkini Permaisuri Selangor Selepas Tunaikan Haji.
Ini sahaja lah saya mampu lakukan kerana biarlah bayi dalam kandungan saya ini dijaga oleh mereka yang sudah lama ingin menjaga seorang cahaya mata.
Ibu angkat ini akan menanggus kos bersalin di private hospital dan kos berpantang saya. Saya juga hanya dibenarkan untuk bercuti tanpa gaji selama 26 hari oleh bahagian HR saya kerana saya boleh dibuang kerja jika ambil lebih dari tempoh tersebut.
Saya tidak kisah dikecam, dimaki, dihina dan dipandang rendah oleh ramai orang. Saya harap ada yang sudi menjawab pertanyaan saya.
1. Saya hanya dibenarkan mengambil cuti selama 25 hari sahaja. Saya harap ada yang sudi bagi tips berpantang untuk saya dan selepas cuti 25 hari,
Majikan saya akan menyuruh saya bekerja di depan pc sahaja, tidak akan suruh saya melakukan tugasan yang berat dan akan menjemput serta hantar saya pulang kerja.
Adakah okey untuk saya? Saya harap ada yang sudi bagi tips berpantang untuk saya, tempoh berpantang (sebab ada info kate 7 hari/ 14 hari sahaja), makanan, cara berpantang.
2. Saya boleh minta ubat untuk stopkan susu badan or ade ubat untuk stopkan susu badan? Atau ade tips untuk stopkan susu badan.
3. Saya harap ada yang sudi memberi tips kepada saya untuk bersalin secara normal tanpa czer, jahitan dan luka teruk memandangkan cuti saya tidak lama untuk berehat.
Buat masa sekarang, saya hanya mengamalkan minyak kelapa dara. Untuk hasil medical checkup buka buku pink, saya tiada masalah drah tinggi, kencing manis dan kandungan saya alhamdulillah tiada songsang, aktif bergerak, jantung normal dan berat 2.1 kg.
Dan saya memang addiict minum susu lowfat/ fullcream sejak dari kecil lagi. Saya harap ada yang sudi bagi petua untuk saya mudah bersalin.
4. Jika saya sudah serahkan anak dalam kandungan saya kepada keluarga angkat dan tidak tahu nama anak tersebut, boleh ke saya mendoakan kesejahteraan dia sebagai ibu tanpa mengetahui namanya?
Adakah sampai doa saya kepada anak tersebut? Bagaimana pula hubungan saya dengannya di akhirat kelak?
5. Saya harap ada yang sudi bagi pandangan/nasihat dan pendapat dari segi kesihatan dan emosi untuk saya hadapi hari hari saya selepas ini?
Diri ini sangat menyesal dan bertaubat dengan kebodohan sendiri. Saya tidak kisah kalau dipandang hina oleh ramai orang, hanya ingin mendapat kembali hidayah dan redha Allah.
Tolong doakan saya untuk selamat bersalin secara normal dan semoga ada insan yang sudi menjawab semua persoalan saya.
Semoga kita semua dalam lindungan Allah. Semoga tiada antara kita mengulangi kesilapan seperti saya lakukan. Saya harap Allah sentiasa meredhakan perjalanan saya selepas ini dan menerima taubat saya atas dosa besar saya yang lalu.
Part 2: Mengandung Anak Tidak Sah Taraf Dan Ingin Bertaubat
Assalammualaikum semua dan semoga semuanya dalam lindungan Allah. Terima kasih atas doa dan nasihat daripada semua.
Alhamdulillah berkat dari doa semua, saya selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.+kg pada hari Jumaat yang mulia. Alhamdulillah Allah sangat permudahkan urusan saya.
Seminggu sebelum kelahiran, majikan dan ibu angkat kepada bayi saya, yang saya gelarkan dia sebagai ‘Kakak’ telah menyediakan keperluan pantang saya.
Dan kawan baik saya iaitu Nur yang baru mengetahui keadaan saya tidak menghakimi atau memarahi kesilapan saya malahan telah menawarkan diri untuk menjaga saya di rumah sewa saya memandangkan dia baru sahaja menamatkan ijazah dan sedang mencari kerja.
Disebabkan saya tidak mahu dijaga oleh Kakak kerana saya risau saya berat nak lepaskan bayi saya nanti, saya telah mencari confinement lady yang berdekatan dengan kawasan saya.
Dan alhamdulillah Allah permudahkan berjumpa dengan CL yang menawarkan pakej yang sangat murah dan terima tempahan di saat akhir begini.
Malam 23.9 sekali lagi Allah memakbulkan doa saya. Due date saya sepatutnya pada 30.9.
Setelah menunaikan solat Isyak dan Yasin, saya memohon dan berdoa kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa dosa saya, memudahkan urusan kelahiran dan mempercepatkan urusan kelahiran saya.
Dalam 12 lebih malam, saya telah berasa sakit perut tapi saya menganggap normal kerana saya selalu sakit perut sebab cirit baru baru ini.
Namun kekerapan sakit perut itu membuatkan saya tidak dapat tidur lena dan terjaga pukul 3 pagi. Saya tidak memberitahu kepada Nur dan cuba menahannya.
Setelah saya gagahkan diri tunaikan solat sunat, saya hanya mampu baring kemudian bangun dan baring menahan kesakitan hingga menjelang subuh. Saya gagahkan diri untuk tunaikan solat subuh.
Nur yang baru menyedari keadaan saya, dia lantas menelefon Kakak dan juga majikan saya memaklumkan keadaan saya.
Kakak tiba di rumah saya bersama rakannya dan membawa saya ke hospital swasta. Rakannya juga merupakan nurse di hospital swasta tersebut. Apabila tiba di hospital, doktor check bukaan saya yang sudah buka 7cm dan drah sudah keluar.
Kakak menyuapkan saya bubur dan air mineral untuk memberikan saya tenaga sebelum ke labour room.
Di labour room, doktor, nurse nurse dan Kakak sentiasa memberi semangat untuk saya yang tiada pengalaman beranak. Kakak sentiasa berada di samping saya.
Alhamdulillah, saya selamat melahirkan bayi perempuan secara normal, tiada koyakan, jahitan mahupun gunting. Saya sempat memeluk bayi saya sebelum nurse ambil untuk dimandikan.
Sepanjang di wad satu malam, Kakak dan rakannya banyak membantu menguruskan keadaan saya seperti ibu saya sendiri.
Dan kakak memberikan saya untuk memegang bayi saya untuk mengambil gambar sebagai kenangan untuk saya katanya.
Alhamdulillah bayi saya juga boleh terima susu formula dan saya tidak menyusukannya. Dan tiba di rumah saya, Nur sudah menyambut saya.
Kakak memeluk saya seeratnya serta mencium pipi dahi saya dan menangis kerana memberikan peluang kepadanya untuk jadi seorang ibu dan berjanji tidak akan memutuskan hubungan kami.
Selama seminggu berpantang, urusan kerja rumah semuanya diuruskan oleh Nur. Saya juga syukur mendapat CL yang sangat ramah dan selalu memberi kata nasihat dan sokongan kepada saya selain pakejnya sangat memuaskan hati saya. CL juga banyak membantu saya.
Hari ke 3, saya mengalami bengkak susu dan alhamdulillah CL saya telah membantu untuk mengurangkannya, keesokannya bengkak susu saya sudah tiada.
CL juga memberitahu saya bahawa urat dan otot saya tidak tegang seperti orang bersalin, rahim saya jugak kecut dengan baik katanya, dan seronok menguruskan saya yang tidak banyak masalah.
BACA: Mustafa Kamal Antartuk Punca Khalifah Islam Jatuh, Tapi Mengapa Ramai Rakyat Turki Sanjung Beliau?
Kakak dan majikan saya juga tidak putus menanyakan khabar saya. Alhamdulillah Nur juga sudah ditawarkan kerja pada pertengahan Oktober ini. Kos bersalin di hospital swasta, kos berpantang serta perbelanjaan saya juga Kakak yang menanggung saya selama 2 bulan.
Saya juga diberi kekuatan dari Allah tidak berasa sedih memberikan bayi saya kepada Kakak kerana saya telah memberi amanah kepada Kakak yang sangat baik dan saya yakin bahawa bayi saya dalam jagaan Kakak merupakan ibu yang sangat baik untuk bayi saya.
Kesimpulannya, terlalu banyak dosa dosa saya kepada Allah, terlalu banyak selama ini saya lupa akanNya serta sentiasa lalai dengan perintah Nya.
Tetapi Allah tidak membalas segala kejahilan saya selama ni dengan keburukan malahan Allah sentiasa mempermudahkan urusan saya.
Yakin lah Allah sentiasa ada untuk kita mengadu. Allah akan sentiasa membantu kita kalau kita berharap kepadaNya. Terima kasih atas nasihat dan doa semua. Sebesar mana salah kita dan dosa kita kepada Allah, tolonglah berharap dan kembali kepada Allah.
Hargai lah ibu kita, sesungguhnya sakit bersalin tiada tandingannya. Semoga kisah saya ini dapat dijadikan tauladan buat semua.
Buat perempuan di luar sana, jaga lah maruah kita sebagai perempuan, saya doakan agar tiada lagi yang mengulangi kesilapan seperti saya.
Kita semua tidak lari dalam kesilapan, sebaik baiknya kita berharap dan kembali kepada Allah. Allah sentiasa ada untuk kita mengadu.
Doakan saya agar terus istiqamah dalam penghijrahan saya ke jalan Allah, dipertemukan jodoh yang baik dan boleh terima saya seadanya, semoga hubungan saya sebagai seorang ibu dan anak tidak terputus. serta semoga sentiasa sihat selama tempoh berpantang untuk kembali kerja.
Terima kasih atas sokongan dan nasihat semua. Saya doakan semoga sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan dalam lindungan Allah selalu.
Baca Selanjutnya :
Gemar Buat ‘Love Bite’ Pada Pasangan, Ustaz Azhar Idrus Kongsi Penjelasan