Pelakon Lily Rose Depp mengakui tidak mempunyai masalah untuk melakukan adegan ‘panas’ termasuk berbogel di hadapan kamera demi menjayakan watak yang dilakonkannya.
Memetik Kosmo!Online, pelakon berusia 24 tahun itu berkata, berbogel di hadapan kamera bukanlah suatu hal yang sukar untuk dilakukan kerana sebelum ini, dia pernah tampil dengan imej begitu dalam siri The Idol.
“Bagi saya, lakonan adalah pekerjaan yang menuntut saya untuk berkorban melakukan apa sahaja, termasuk melakukan adegan panas,” katanya kepada Vogue Australia.
Pada masa sama, anak kepada pelakon, Johnny Depp itu juga tidak kisah jika dirinya dikecam penonton kerana percaya itulah tugasnya sebagai seorang pelakon.
“Saya tahu tidak semua boleh menerima keterbukaan saya ini. Tapi saya rasa itu adalah suatu seni yang harus dihayati,” katanya.
Baca Selanjutnya :
Surirumah Jana RM18K Dengan Main ‘Games’ Sahaja. Ini Rahsia Beliau. Patutlah Menjadi!!!