PANAS!!! : Bekas Pegawai Khas Menteri Ditahan SPRM Minta Rasuah Taraf Kerakyatan Malaysia

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang bekas pegawai khas kepada bekas menteri selepas disyaki meminta wang rasuah.

Jumlah yang diminta kira-kira RM25,000 daripada seorang individu sebagai dorongan mendapatkan surat kelulusan permohonan taraf kewarganegaraan.

Sumber SPRM memaklumkan lelaki yang juga penjawat awam berumur 40-an itu ditahan kira-kira 5 petang semalam di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya ketika hadir memberi keterangan.

Menurut sumber, siasatan awal mendapati lelaki yang merupakan bekas pegawai khas yang berkhidmat pada 2019 itu didakwa telah meminta wang rasuah daripada seorang lelaki tempatan yang membuat permohonan taraf kewarganegaraan untuk anak kandungnya.

Baca : PADU!!! : Elon Musk Mahu Bertemu PMX Minggu Hadapan, Ini Yang Bakal Berlaku Pada Malaysia

“Pada Jun lepas, suspek telah menghubungi individu terlibat yang memohon taraf kewarganegaraan bagi anaknya sejak 2015 yang memaklumkan bahawa surat kelulusan permohonan itu telah ada padanya dan meminta individu terbabit membayar wang berjumlah RM25,000 sebelum menyerahkan surat tersebut,” kata sumber itu.

Sumber itu berkata, penahanan lelaki berkenaan dibuat hasil pendedahan dan gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya SPRM menyiasat amalan rasuah segelintir pegawai di Jabatan Pendaftaran Negara.

Susulan penahanan itu, Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin telah membenarkan lelaki terbabit direman tiga hari bermula hari ini hingga 14 Julai setelah pihak SPRM mengemukakan permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya pagi tadi.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan lelaki berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Baca Selanjutnya :

PILU!!! : Cikgu Tadika Di Melaka Tikam Anak OKU Sebelum Bunuh Diri Undang Kisah Sedih Dialaminya

JOHOR : Ayah Dari Neraka-Rogol 2 Anak Sendiri Sejak 2017 Hingga Hamil Ketika Usia 15 Tahun

‘Minum Kopi Sama-Sama Pun Dah Cukup’ – Mamat Mahu Damaikan Jep Dan Shuib