PANAS! : Lepas Kena Kutuk Kaw-Kaw Dengan Netizen Malaysia Isu MH370, Jocelyn China Kini Kembali Dengan Kaitkan Isu The 1975

Nama Matty Healy menjadi sebutan di media sosial kerana telah berkelakuan tidak senonoh sehingga menyebabkan acara Good Vibes Festival terpaksa dibatalkan.

Pelawak kontroversi, Joceyln Chia kini dilihat mahu menangguk di air keruh berhubung isu sensasi tersebut.

Terbaharu, pelawak Jocelyn Chia dengan sinis mengalu-alukan vokalis utama band British, The 1975, Matty Healy ke dalam senarai individu yang telah ‘kena cancel’ oleh rakyat Malaysia.

Menerusi perkongsiannya di Twitter, pelawak kontroversi yang pernah dikecam teruk berhubung lawak tidak sensitif mengenai penerbangan MH370 itu ada mempersoalkan mengapa Haely tidak ditangkap atau dijejaki Interpol.

Lebih teruk lagi, beliau juga membuat andaian kononnya Malaysia mempunyai diskriminasi.

Hal ini kerana beliau pernah menjadi sasaran untuk ditahan oleh INTERPOL disebabkan membuat jenaka melampau berkaitan insiden MH370 sementara Matty Healy bersama kumpulannya pula dilihat bebas keluar negara tanpa ditahan kerana hanya berkulit putih.

Ciapan Joceyln itu dianggap sengaja menimbulkan provokasi terhadap Malaysia dengan mengaitkan isu aksi dan kenyataan biadap kumpulan The 1975 ketika membuat persembahan pada Festival Good Vibes 2023 di Sepang, Sabtu lalu.

Baca Selanjutnya :

PILU : Tersedak Susu, Bayi 11 Bulan Mati Di Bawah Jagaan Pengasuh

PANAS! : PU Azman Minta Lumur Minyak Pada ‘Batang’ Sendiri – Ibu Remaja Lelaki

LICIK! : Berlakon Kena Dera Lepas Curi Duit Majikan RM10,850, ‘Maid’ Kini Diburu Polis