Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said bersedia disiasat berhubung dakwaan memiliki kediaman mewah di Kijal, Kemaman seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Menurut Ahmad, tiada apa yang perlu disembunyikan berhubung perkara itu kerana kediaman tersebut dibina secara berperingkat selain mengambil masa selama sembilan tahun untuk disiapkan.
“Tanah tersebut adalah milik arwah ayah saya… tak beli pun. Semasa ibu meninggal dunia ketika itu saya menjadi Menteri Besar dan Tuanku (Sultan Terengganu) ada melawat rumah di mana semasa kejadian tingkap serta pintu semua tak ada.
“Saya pula tidur mengadap pintu dan apabila orang lain lalu nampak menteri besar tidur depan pintu. Jadi buat apa saya nak takut, pergilah siasat.
“Malah saya buat rumah itu secara sikit-sikit dan beli barang sendiri dari Thailand sebab murah. Selepas jadi menteri besar barulah rumah tersebut siap dan ia ambil masa sembilan tahun untuk siap,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai isu yang tular di media sosial mengenai rumah banglo mewah miliknya yang dibina di tanah luas di Kijal.
Melalui perkongsian tular itu, ada pihak mendakwa banglo mewah yang dibina tersebut adalah hasil salah laku rasuah.
Mengulas lanjut, Ahmad menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah terhadap dirinya.
“Rumah saya dibina pada tahun zaman kita kalah dahulu. Kalau rasa itu rasuah, boleh siasat dan semak dengan Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Dalam Negeri.
“Saya buat rumah sepatutnya rumah itu siap tapi tak siap sebab buat sikit-sikit dan ia ambil masa. Memang kerja pihak terbabit nak fitnah dan masing-masing tahu,” ujarnya.
Baca Selanjutnya :
Surirumah Jana RM18K Dengan Main ‘Games’ Sahaja. Ini Rahsia Beliau. Patutlah Menjadi!!!