Tular dakwaan Menteri berkempen dalam Masjid sekali rupanya ini cerita sebenar yang jadi bahan fitnah politik
Dia macam ini. Ceritanya siang tadi YB Fahmi Fadzil datang singgah di Masjid Nurul Yaqin Sri Kundang untuk solat Zohor kerana ada program berdekatan.
Sebelum solat berjemaah, seorang AJK masjid mendekati YB dan duduk bersila di sebelah beramah mesra.
Selesai solat dan bacaan doa, secara tiba-tiba AJK masjid ini meminta YB sebagai Menteri Komunikasi dan Digital memberi penjelasan tentang isu pembatalan konsert Good Vibes.
Jadi YB pun bercakap menerangkan tentang fungsi PUSPAL mengawal selia konsert-konsert melibatkan artis dari luar negara.
PUSPAL, tambah YB menteri adalah satu badan melibatkan 16 agensi kerajaan termasuk PDRM dan Jakim untuk meluluskan apa sahaja aktiviti penfileman dan konsert dari luar negara.
YB Fahmi menerangkan beliau tiada dalam PUSPAL dan tidak dimaklumkan tentang penganjuran konsert Good Vibes 2023.
Jelas YB Fahmi, permohonan penganjur pada mulanya ditolak tetapi selepas mendapat jaminan dari pihak penganjur bahawa konsert akan patuh mengikut garis panduan ditetapkan, barulah PUSPAL beri kelulusan.
Tapi lain jadinya. Artis luar negara buat hal melanggar peraturan seperti termaktub dalam perjanjian.
Kejadian berlaku sekitar jam 1-2 pagi. Sebelum video tak senonoh itu tular di media sosial, kumpulan artis itu telah cabut lari ke luar negara pada jam 4 pagi.
Dan ketika video mula tular sekitar 10-12 jam selepas kejadian, YB Menteri dimaklumkan dan telah memanggil syarikat penganjur batalkan serta merta konsert tersebut kerana melanggar peraturan PUSPAL.
Kata YB Fahmi, syarikat penganjur akan mengambil tindakan saman terhadap kumpulan terbabit kerana menyebabkan kerugian berbelas juta ringgit.
Akhir sekali, YB Menteri KKD nyatakan telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) untuk mengambil langkah-langkah pencegahan agar kejadian sama tidak berulang.
Apa yang saya faham, peraturan dan syarat-syarat PUSPAL akan diperketatkan.
Saya saksi dari mula YB Fahmi Fadzil masuk ke dalam dewan solat sehinggalah beliau keluar dari masjid.
Tiada satu pun patah perkataan dan ayat berunsur politik saya dengar keluar dari mulut YB. Hanya penjelasan berkaitan isu Good Vibes 2023 seperti diminta AJK masjid.
Tapi tak sampai beberapa jam kemudian, page N13 Kuang buat sebaran palsu dan memfitnah YB Fahmi.
Tapi alhamdulillah, ketua kampung yang berada dalam wasap group masjid, telah kongsikan video dan gambar cerita sebenar dan berjaya mengekang gelombang fitnah yang cuba dihasilkan.
Baru tadi ketua kampung maklumkan kepada saya, isu ini telah reda dengan pantas. Fitnah ini gagal mempengaruhi penduduk Kuang malah menambahkan lagi kebencian mereka kepada pihak pemfitnah.
Saya letih dengan tak cukup tidur bekerja uruskan banyak program komuniti rasa stress nak tepis fitnah ini. Benda simple macam ini pun mereka boleh jadikan modal fitnah.
Teruk sangat dah takde point nak burukkan kerajaan sampai sanggup cipta fitnah. Apa punya perangai busuk hati, tak tahulah saya.
Baca Selanjutnya :