‘Ini macam pun ada’, Kerajaan negara ini kenakan cukai payudara terhadap rakyatnya, “lagi besar saiz, lagi banyak kena bayar”
Sistem kasta di India mempunyai sejarah berusia lebih 3,000 tahun.
Sebutan awal tentangnya tercantum dalam kitab-kitab Veda, khususnya Rig Veda (1,500-800 SM) yang disusun ke dalam sepuluh jilid (mandala).
‘Ini macam pun ada’, Kerajaan negara ini kenakan cukai payudara terhadap rakyatnya, “lagi besar saiz, lagi banyak kena bayar”
Dalam jilid ke-10 dan gita puji ke-90, Rig Veda menyebutkan yang segalanya tercipta dari Purusha termasuklah sistem kasta. Betapa kasta Brahman tercipta dari mulutnya, Kshatriya dari kedua lengannya, Vaishya dari pehanya, dan Shudra dari tapak kakinya.
Aturan sistem kasta ini kemudiannya diperjelaskan lagi dalam Bhagavad Gita (400 SM – 200 SM) dan Manusmriti (200 SM – 300 M).
Baca : Dakwa Nabi Muhammad Ialah Tuhan-Kumpulan Ajaran Sesat Sukar Diambil Tindakan
Misalnya ayat 18:41 hingga 18:48 dalam Bhagavad Gita menceritakan tentang sifat (guna) dan bebanan-tugas (dharma) setiap kasta – brahmana bersifat bijak dan ahli agama, kshatriya bersifat berani dan perwira, vaisya bersifat rajin dan kuat bekerja, manakala sudra dilahirkan untuk menjadi hamba.
Bhagavad Gita (6:41) pula menyatakan betapa kasta seseorang telah pun ditetapkan sejak lahir dan ia kekal sehingga akhir hayat. Kasta tersebut hanya boleh diubah dalam kehidupan seterusnya (samsara). Itu pun berdasarkan karma atau amalannya sepanjang hidup.
Jika dia seorang sudra yang taat terhadap tugas-tugas seorang sudra, maka dalam kehidupan selanjutnya dia boleh dilahirkan dalam kasta yang lebih baik.
Penetapan kasta sebegini membuatkan kegiatan sosial dalam masyarakat Hindu agak ketat. Kasta mendominasi banyak hal dalam kehidupan – termasuklah perkahwinan, pemakanan, pemakaian, pendidikan, dan cara penyembahan.
Pada dua kurun yang lepas, sistem kasta di India melahirkan satu sejarah yang amat hitam sehingga ia cuba dipadam dari buku-buku teks sekolah di negara terbabit.
Sejarah ini melibatkan satu cukai, iaitu cukai payudara (mulakaram). Ia dikeluarkan pada awal 1800an oleh kerajaan Travancore (kini Kerala), salah sebuah dari 550 buah kerajaan kecil yang wujud semasa British memerintah India.
Namun, ia hanya dikenakan ke atas wanita-wanita berkasta rendah. Mereka yang datang dari keluarga kehormat terlepas dari cukai ini.
Ia diberi nama mulakaram (cukai payudara) kerana hanya pembayarnya sahaja dibenarkan untuk menutup seluruh tubuh. Ketika itu, mereka yang berkasta rendah dilarang menutup tubuh atas pinggang – baik lelaki mahupun perempuan.
Sebaik wanita di Kerala cukup umur, pegawai kerajaan akan datang memeriksa saiz payudaranya bagi menentukan jumlah cukai mulakaram yang akan dikenakan.
Pada permukaan, ketetapan ini bertujuan membezakan cara pemakaian setiap kasta. Namun di sebalik itu, ia juga merupakan satu bentuk penindasan (baik secara material mahupun seksual) ke atas masyarakat berkasta rendah.
Setiap kali wanita berkasta rendah mencapai umur dewasa, payudaranya akan diperiksa oleh pihak penguasa. Ini kerana amaun cukai mulakaram yang dikenakan ke atas mereka adalah berbeza bagi setiap individu – bergantung kepada saiz payudara masing-masing.
Justeru, cukai mulakaram bukan hanya satu bentuk penindasan kasta. Tetapi ia juga perlanggaran hak asasi memandangkan wanita-wanita mereka dijadikan bahan penyedap mata golongan berada. Mereka juga tidak dapat bersuara lantaran ketiadaan kuasa.
Cuma pada tahun 1803 di Kampung Cherthala, seorang wanita bangkit membela maruah wanita-wanita di Kerala. Perjuangannya ini berlaku 45 tahun lebih awal berbanding Pergerakan Hak-Hak Wanita di Amerika.
Siapakah wanita ini?
Baca : Ramai yang komen lucah selepas Azira ‘De Fam’ tayang body pakai baju seksi
Namanya ialah Nangeli (yang jelita), isteri kepada seorang pekerja ladang bernama Chirukandan. Siapa anaknya, siapa keluarganya, dan bagaimana dia mendewasa – semua maklumat ini tidak disimpan walau kisah pengorbanannya telah pun berlalu lebih 200 tahun.
Satu-satunya cerita tentang Nangeli yang kita miliki adalah kisah bagaimana dia menentang dasar kerajaan dan bagaimana dia mengakhiri kehidupan.
Suatu hari, pada tahun 1803, Nangeli dengan berani keluar ke khalayak awam dengan menutup seluruh tubuhnya – sekali gus melanggar ketetapan yang dikenakan ke atas wanita berkasta rendah. Namun, sebab apa dia tiba-tiba bertindak sedemikian, tidak pula dinyatakan.
Apa yang kita ketahui, rata-rata wanita berkasta rendah di Kerala ketika itu memang telah lama memendam rasa, menanggung malu, dan menyimpan derita. Hidup mereka sempit.
Pekerjaan mereka rumit. Setiap hari, mereka kena berdepan pula dengan mata-mata miang yang mengenyit.
Namun, penderitaan ini hanya mampu disenyapkan tanpa penentangan. Sebahagian mereka memilih untuk menukar agama dan memeluk Kristian bagi menyelamatkan diri dari cukai yang tidak manusiawi itu.
Baca Selanjutnya :