TH Hotel lantik orang bukan Islam jadi Pengurus Besar Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA
Tular di media sosial pada hari ini berkenaan perlantikan Pengurus Besar Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA (MHCC), sebuah hotel milik penuh Tabung Haji Hotel & Residence Sdn Bhd yang diuruskan oleh THV Management Services Sdn Bhd.
Ramai mempertikaikan perlantikan Pengurus Besar MHCC yang baru itu atas faktor calon yang dilantik ialah orang bukan Islam iaitu Puan Jerina Wong.
Sedangkan di zaman kerajaan PH memerintah sebelum ini, Pengurus Besar yang dilantik pada tahun 2018 iaitu Encik Hairul Maharis Mohamed dikekalkan tanpa sebarang pertukaran dibuat.
Persoalan dan kritikan yang timbul di kalangan netizen ialah, jika sebelum ini semasa kerajaan PH memerintah, TH dimomokkan sebagai telah “digadai” atau “dirampas” dan “dikuasai” oleh orang bukan Islam, apabila Menteri Kewangan Lim Guan Eng pada ketika itu telah menubuhkan syarikat Urusharta Jemaah Sdn Bhd (UJSB), yang bertindak sebagai special purpose vehicle (SPV) bagi mengambil alih aset milik TH yang mencatatkan kerugian.
Walaupun UJSB ditubuhkan, namun kerajaan PH tidak menukar pengurus besar MHCC dan mengekalkan orang Islam sebagai peneraju dalam industri perhotelan milik penuh TH yang diamanahkan untuk jaga harta milik orang Islam di Malaysia.
Keadaan ini bertukar di zaman kerajaan PN yang melaungkan sebagai pejuang Melayu Islam, apabila posisi pengurus besar MHCC diberi kepada orang bukan Islam.
Jika mengikut sifir sebagaimana yang pernah dimainkan oleh pihak PN sebelum ini, bukankah ini bermakna berlaku ancaman dan penghinaan terhadap Islam apabila aset milik umat Islam diurus dan “diserah” kepada orang bukan Islam?
Ketika ini Menteri Agama sedang menjalani kuarantin kerana positif Covid 19, sudah pasti timbalannya Marzuk yang dahulu lantang bersuara konon sebagai pejuang Melayu Islam dalam hal ehwal TH ini akan dipersoalkan, apa yang kamu buat sampai pengurus besar MHCC ditukar dari orang Islam kepada orang bukan Islam?
Apa yang berlaku sehingga orang bukan Islam diberi ruang untuk jadi Pengurus Besar MHCC yang saban tahun menempatkan sejumlah besar jemaah haji yang akan berlepas dari KLIA ke Tanah Haram?
Sehingga hari ini Marzuk selaku timbalan menteri agama masih diam membisu tidak beri sebarang jawapan berhubung hal ini, adakah dia sebenarnya yang layak digelar sebagai penggadai aset umat Islam kepada orang bukan Islam?
Sumber :
TH Hotel lantik orang bukan Islam jadi Pengurus Besar Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA
Tular di media sosial…
Posted by El-Harakah on Friday, October 9, 2020