PANAS !!! Netizen mula tanya Tony mengenai ‘refund ticket’ selepas tayang kereta Tesla di IG

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group, Tan Sri Tony Fernandes merupakan antara individu terkaya di Malaysia.

Jadi tidak hairanlah apabila beliau mampu memiliki kereta-kereta mewah dan ‘rare’ sebagai koleksi peribadinya.

Kereta baru di Hari Merdeka

Terbaru, Tan Sri Tony Fernandes telah memuat naik gambar bersama sebuah kereta Tesla Model Y iaitu sebuah kenderaan Crossover SUV .

Menurut kapsyen yang disertakan, beliau memberitahu yang kereta tersebut merupakan kereta yang bebas daripada pencemaran dan dapat melindungi serta memelihara alam sekitar.

Netizen mula tanya Tony mengenai 'refund ticket' selepas tayang kereta Tesla di IG

Bolehla bagi lebih sikit commision dekat delivery driver

Namun begitu, apa yang menarik perhatian ramai adalah komen-komen yang diterima di ruangan Instagramnya apabila ada beberapa individu menyuarakan perihal gaji serta bayaran balik berkenaan tiket pesawat Air Asia yang ‘burn’ disebabkan pandemik.

Harap gaji bulan ni tak lambat lagi

Harap semua refund berjaya dilunaskan

Komen2 lain macam

Tak hanya itu, posting berkenaan juga telah menjadi perbualan di laman Twitter apabila ramai yang perasan akan komen-komen yang diterima Tan Sri Tony Fernandes di postingannya bersama kereta baru yang diperoleh sewaktu Hari Kemerdekaan tempoh hari.

Pekerja kena potong gaji/ terminated tapi beli kereta baru?

Susulan daripada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia Group terus menerima hujatan daripada netizen kerana beberapa isu termasuklah berkenaan bayaran balik tiket pesawat yang sudah ditempah namun jadual penerbangan dibatalkan kerana masalah-masalah tertentu.

Refund? Hahahah….

Nanti boleh deliver airasiafood guna Tesla

Berita Penuh : https://ohmymedia.cc/tayang-kereta-tesla-di-ig-ramai-tanya-bos-air-asia-tentang-bayaran-refund-ticket/

BACA JUGA : ANEH !!! Korea Selatan anjur pertandingan untuk tidak buat apa-apa