Baru sahaja dikecam kerana menggayakan baju ‘hiking’ ketat minggu lalu, pelakon Nora Danish sekali lagi mencuri tumpuan melalui perkongsian posting terbaharu di laman Instagram miliknya.
Perkongsian beberapa keping foto berkenaan memperlihatkan ibu kepada dua cahaya mata itu menikmati momen gembira dan bahagia bersama suaminya bagi menghasilkan gambar terbaik untuk tatapan peminat.
Bagaimanapun, di sebalik pujian daripada beberapa individu, netizen lebih memilih untuk memberikan sindiran serta teguran berhubung tindakan ‘mesra’ pasangan itu di dalam tab mandi tersebut.
Netizen berpendapat, gambar seperti itu tidak sepatutnya menjadi tayangan dan pandangan mata orang ramai yang disifatkan satu bentuk privasi dalam perhubungan suami isteri.
Apatah lagi bakal mencecah usia 40-an dan membawa imej selebriti, mereka berkata Nora perlu bersikap lebih matang apabila berkongsi sesuatu perkara di media sosial.
Semua benda nak tunjuk?
Murahnya! Semua orang dah tengok
‘Try hard’ sangat… tak sensitif?
Tak perlu post macam ni
Umur rasanya dah tua tu
Nora atau nama penuhnya, Nora Mohd Danish Hanif dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata Mohamed Neqayl yang kini berusia tiga tahun.
Nora juga pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan memiliki seorang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli namun bercerai pada 2008 selepas dua tahun berkahwin.