Pelancong Rusia buat hal mengamuk dan berbogel depan kedai.
Seorang wanita Rusia mengamuk dan berbogel di depan sebuah kedai di Jalan Pura Batu Pageh, Ungasan, Kuta Selatan, Badung, di pulau pelancongan terkenal Bali, Indonesia, semalam.
Ketua Bahagian Operasi Daerah Badung I, Made Astika ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, siasatan awal mendapati pelancong berusia 27 tahun itu bertindak demikian kerana disyaki mengalami kemurungan.
Portal detik.com melaporkan, wanita yang mengamuk itu dapat dikawal Unit Polis Pegawai Negeri Wilayah Badung, sebelum ditahan semalam.
“Wanita itu yang dinamakan AR itu datang bersendirian sebelum mengamuk dan berbogel di luar kedai.”
“Namun begitu, tindakan AR itu tidak merosakkan apa-apa. Dia ditenangkan pegawai polis yang bertugas.”
“Walaupun tidak melakukan sebarang kerosakan fizikal di lokasi, namun wanita Rusia itu masih dikawal sebelum datang seorang lelaki yang mengaku rakan kepada AR,” katanya.
Astika berkata, wanita Rusia itu kemudian dirujuk ke Hospital Besar Pusat Prof Ngoerah, Denpasar, untuk rawatan lanjut.
“AR ada cuba berkomunikasi dengan anggota polis yang mengiringinya ketika dia dibawa ke hospital. Namun dia lebih (banyak) bercakap dengan rakan lelakinya juga warga Rusia.
“Setakat ini, kita mengesyaki AR bertindak luar batasan dengan mengamuk dan berbogel kerana disyaki mengalami kemurungan,” katanya.
Baca Selanjutnya : Tiap hari dia rembat RM 150 pekerja kantoi curi duit farmasi