Panas !!! Tular video Long Tiger dicekup, hampir separuh mati


Lelaki Rohingya dikenali ‘Long Tiger’ yang berjaya ditahan hari ini didapati menyembunyikan diri di rumah seorang pondan di Jalan Kuala Ketil, dekat sini.
Ketika ditahan kira-kira jam 3 petang itu, Long Tiger atau nama sebenarnya Abdul Hamim Ab Hamid, 33, dikesan sekali lagi cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung namun tergelincir jatuh di lantai dapur rumah.
Menurut sumber, sepasukan polis Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor yang melakukan risikan menerima maklumat mengatakan Long Tiger bersembunyi di sebuah rumah.
“Bertindak daripada maklumat itu, sepasukan polis bergegas ke rumah terbabit namun penghuninya enggan membuka pintu dan ketika itu Long Tiger dilihat sudah memanjat bumbung untuk meloloskan diri.
“Anggota polis terpaksa memecahkan pintu dan mengarahkan Long Tiger turun daripada bumbung namun dia tergelincir dan terjatuh,” katanya.
“Selain Long Tiger, polis turut menahan penghuni rumah terbabit yang juga seorang pondan berusia 40-an kerana didapati cuba melindungi lelaki dalam buruan itu,” katanya.


Gambar suspek yang dipercayai melindungi Long Tiger dikediaman miliknya.
Untuk rekod, Long Tiger meloloskan diri melalui pintu utama Mahkamah Majistret Tangkak, Johor sebelum perbicaraan bermula pada 15 Disember lalu, kira-kira jam 11.55 pagi
Sejak kehilangannya, Long Tiger menjadi buruan polis selain peguam mewakilinya, Datuk Sharudin Ali turut menarik diri daripada mewakilinya.
Dua anggota polis turut digantung tugas bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan kerana disyaki terbabit secara langsung atas kesalahan cuai sehingga menyebabkan tahan itu melarikan diri.
Difahamkan, satu sidang media khas akan dilakukan Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay jam 12 tengah hari esok di pejabatnya.
J and K, Western blot analysis of total and phosphorylated YAP protein levels in the aorta of mice fed an HFHS diet for the indicated time periods what happens if a woman takes propecia
kamagra que es At its height, the Staatssicherheit, or Stasi, employed one full time agent for every 63 East German citizens
femara krause securo They re all pretty big, physical guys, said Brady, who went 19 of 39 for 185 yards and a TD in Week 2 100 mg of viagra