Para pemain MU menolak Greenwood bermain bersama mereka, risau jejaskan rentak MU.
Pemain-pemain bintang Manchester United tidak mahu Mason Greenwood kembali ke bilik persalinan musim ini – kerana bimbang ia akan menjejaskan rentak mereka.
Penyerang 21 tahun itu digugurkan daripada dakwaan rogol, namun pihak pengurusan United masih menyiasat tingkah lakunya selepas imej dan rakaman audio dimuat naik mangsanya.
Ketika siasatan masih berterusan, Greenwood digantung dan tidak boleh berlatih atau bermain. Kali terakhir dia beraksi ialah pada Januari 2022.
“Pemain-pemain tidak kisah dia kembali kepada pasukan tetapi siasatan terhadapnya akan mengganggu fokus.
“Bilik persalinan ketika ini adalah dalam keadaan paling gembira sejak sekian lama dan tidak ada sesiapa mahu ia diganggu,” kata sumber dalaman kelab.
Greenwood mempunyai kontrak di Old Trafford sehingga tahun 2025.
Penaja-penaja United juga belum mengesahkan sama ada mereka mahu melihat Greenwood dipecat.
BACA JUGA:
PGIRM desak kerajaan benarkan pengeluaran KWSP secara bersasar
AMARAN HUJAN: 4 negeri diramal hujan berterusan