Para Suami Boleh Cuba Bisnes ini.. Sesuai dengan Perkembangan Teknologi Tahun 2023 ini.
Tahun 2023 dikatakan tahun mencabar bagi orang yang menjalankan perniagaan. Tapi sebenarnya ini adalah taboo yang biasa dengar saban tahun.
Tahun 2023 meruapakan tahun yang penuh dengan “surprise” kerana tahun ini pelbagai teknologi baru disajikan. Antaranya ialah ChatGPT dan di negara kita, teknologi 5G sudah memasuki pasaran.
Adakah kita, sebagai suami patut berpeluk tubuh goyang kaki? Cepat ambil peluang dan rebut kek pasaran yang terbentang luas ini. Saya ingin mengajak anda semua untuk menelusuri 7 bisnes online tahun 2023.
*7 Bisnes Online Tahun 2023*
*1. SEO Content Writer*
Pelikkan? Sebelum ni kita selalu dengar pasal content writer. Tapi sekarang next level ialah SEO content writer. Sedia maklum, content writer ialah orang yang menulis bagi pihak ketiga. Tapi dengan perkembangan teknologi Internet, content writer perlu pertingkatkan ilmu menulis dengan SEO. SEO merujuk kepada Search Engine Optimization, yakni kebolehan untuk meletakkan konten pada carian page 1 atau 2 Google.
Semua orang nak cepat dan ini merupakan satu lubang bisnes online yang perlu diisi. Semua orang nak tengok konten pada page 1 atau 2 Google, dan page 3 dan seterusnya akan dilupakan oleh pengunjung. Pengunjung kebiasaannya akan menukar keyword yang lain jika page 1 atau 2 tidak menepati kehendak carian pengunjung. Tak ada skil SEO? Boleh belajar melalui kelas SEO ini.
*2. Produk Reviewer*
Ada akaun FB, IG atau Tiktok? Jangan biarkan akaun tu bersawang tanpa sebarang income masuk ke dalam akaun bank anda. Gunakan kelebihan platform sosial media anda dengan menjadi produk reviewer. Bagaimana? Anda beli sample produk di Shoppe. Pilih produk yang murah dan anda dapat anggarkan jual dengan berlipat kali ganda. Apabila produk tu sampai di tangan anda, ambil video unboxing. Beritahu kepada audience yang anda sedang unboxing produk terkini. Buat video berulang kali dengan menerangkan keadaan produk itu: warnanya, teksturnya, kualiti buatan dan cara penggunaanya.
*3. Graphic Editor*
Mungkin dulu-dulu anda pernah bermain dengan Adobe Photoshop atau tools designer yang lain. Sekarang inilah masa untuk anda gilap kembali bakat anda yang terpendam tu dengan jadikan ianya sebagai sumber pendapatan tambahan. Jangan biarkan bakat tu berlalu pergi tanpa anda usahakan yang terbaik. Jenguk balik Youtube atau cari kelas-kelas graphic editor di Facebook, Instagram atau Tiktok dan sertai kelas itu.
*4. Penterjemah*
Siapa kat sini masa sekolah menengah belajar bahasa asing? Mungkin ada yang pernah belajar secara sambilan atau secara formal. Bahasa Arab, Bahasa Jepun, Bahasa Mandarin, Bahasa Kantonese, hatta Bahasa Inggeris juga mempunyai ruang yang cukup luas sebagai penterjemah. Buat secara online dengan menterjemah kertas kerja, kertas presentation , tesis, skrip drama mahupun skrip radio. InsyaAllah peluang itu sentiasa ada.
*5. Video creator*
Pernah buat video tak? Pernah tahu pasal NasDaily dan perjalanan hidup dia bagaimana mengahasilkan video tanpa henti setiap hari! Ambil handphone anda dan mula ambil video ringkas. Ikut kajian, golongan sekarang ini berminat dengan video pendek. Jika perasan, Faceboo, Youtube dan Instagram sudah ada segmen video ringkas seperti Facebook Reels, Youtube Shorts dan Instagram Reels.
*6. Gold Dealer*
Jangan salah faham ye. Bukan gunakan skim cept kaya seperti Tok Belagak dan lain-lain, tapi gunakan platform yang betul seperti Public Gold atau Quantum Metal. Platform ini sudah dipertingkatkan sistemnya iaitu mereka sudah memiliki sistem pembelian secara online dan penghantaran emas secara pos. Jadi agen kepada mana-mana syarikat emas yang diiktiraf dan mula pasarkan emas melalui platform konten, video dan grafik. Mulakan penerangan ringkas seperti di dalam artikel ini dan mungkin satu hari nanti, ramai yang PM anda untuk membeli emas.
*7. Dropship*
Bisnes dropship yang paling mudah kerana kita tidak menyimpan stok, tidak mengeluarkan sebarang kos untuk memulakan perniagaan dan ianya sangat mudah kerana urusan merketing dan penghantaran semuanya diuruskan oleh pihak syarikat. Apa yang anda perlukan hanya kesediaan untuk belajar dengan leader, mempunyai akaun socmed yang aktif dan bersemangat untuk membina perniagaan.Teringin nak mulakan dropship tanpa modal? Tudungsicomel mengalu-alukan dropship setiap hari tanpa henti. Hanya klik link ini dan terus menjadi drop di bawah naungan Tudungsicomel.com.
7 bisnes online tahun 2023 yang secara ringkas penulis huraikan secara ringkas ini diharapkan dapat membantu para suami menjana sedikit pendapatan yang dapat menampung perbelanjaan seharian keluarga. Mungkin tidak RM1000, tapi jika dapat RM400-500 sebulan Alhamdulillah dapatlah belanja keluarga tersayang hujung bulan. Tahun 2023 inilah permulaan kita untuk mencuba sesuatu yang dpaat memberi kepuasan kepada isteri dan anak-anak kita. Ada duit untung sikit jangan lupa pada mak ayah dan juga orang yang lebih memerlukan. Lebih banyak bersedekah, lebih banyak yang kita akan dapat. Rezeki tidak akan berkurangan dengan banyaknya kita bersedekah.
BACA JUGA:
Tiada peningkatan jumlah mangsa banjir Johor, Sabah buat masa ini
COVID-19: 324 kes baharu tanpa kes kematian dilaporkan
Perkeso peruntukkan RM3.7 juta untuk perkasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan