Parasit pemakan otak bukan lagi sekadar movie, kini di dunia nyata, ikuti nasihat KKM

Parasit pemakan otak bukan lagi sekadar movie, kini di dunia nyata, ikuti nasihat KKM.

Baru sahaja kes melibatkan wabak Covid-19 sedikit reda di seluruh dunia, kita digemparkan pula dengan susulan kes pertama jangkitan Naegleria Fowleri di Korea Selatan.

Justeru, KKM telah mengeluarkan nasihat pencegahan jangkitan ameba pemakan otak ini. Walaupun tiada kes di Malaysia, kita perlu berhati-hati apabila menjalankan aktiviti air tawar di dalam mahupun luar negara.

WASPADA! KKM BERI AMARAN JANGKITAN PARASIT PEMAKAN OTAK!

Waspada, KKM Beri Amaran, Jangkitan ‘Parasit Pemakan Otak’! Untuk anda yang selalu pergi kolam, tasik dan sungai, parasit Amoeba Naegleria Fowleri ini berupaya masuk ke dalam badan melalui hidung semasa aktiviti berkaitan air tawar.

Justeru, KKM menasihatkan rakyat berhati-hati dan mengambil langkah sewajarnya ketika melakukan aktiviti berkaitan air tawar susulan kes pertama jangkitan ‘amoeba pemakan otak’ yang menyebabkan seorang lelaki maut di Korea Selatan.

Amoeba Naegleria Fowleri berupaya menyebabkan kerosakan kepada otak melalui jangkitan sistem saraf tunjang.

Tambah DG Hisham, ‘amoeba pemakan otak’ boleh menyebabkan jangkitan otak yang teruk iaitu Primary Amoebic Meningoencephalitis (PAM), yang seterusnya boleh membawa maut. Oleh itu, KKM ingatkan rakyat Malaysia agar:

i. Elak daripada menggali atau mengusik apa-apa sedimen yang berada di dasar tasik, kolam atau sungai memandangkan habitat amoeba berada di situ;

ii.Elakkan aktiviti seperti menyelam, melompat ke dalam air yang mungkin dicemari amoeba boleh memasuki rongga hidung.

iii.Mencuci badan dengan air yang terawat dengan sabun selepas melakukan aktivit dalam air.

iv.Segera mendapatkan rawatan apabila demam, sakit kepala, muntah atau mengalami kekakuan leher (neck stifness) secara tiba-tiba selepas melakukan aktiviti air.

Semoga negara kita dijauhkan dengan ancaman wabak jangkitan sebegini lagi ya!

BACA JUGA:

Tun Juhar menyambung khidtmatnya sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah

Dr Dzulkefly tidak terkilan tiada dalam saf kepimpinan negara, memahami keputusan PMX

Dr Dzulkefly tidak terkilan tiada dalam saf kepimpinan negara, memahami keputusan PMX