Parti baru Tun M dapat sokongan penuh Pakatan Harapan

Meskipun belum didaftarkan secara rasmi, namun parti baru yang ditubuhkan Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad seolah-olah mendapat sokongan daripada Pakatan Harapan (PH).

Spekulasi itu timbul selepas beberapa orang kuat PH seperti Presiden Amanah, Mohamad Sabu dilihat hadir ke majlis pengumuman calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim anjuran parti tersebut.

Turut kelihatan ialah Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Chang Lih Kang; Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub.

Dalam majlis ringkas tersebut, peguam, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi dipilih sebagai calon PRK DUN Slim dan akan bertanding sebagai calon Bebas memandangkan parti baru itu masih belum didaftarkan secara rasmi.

Berita penuh : https://beta.astroawani.com/berita-politik/ph-sepentas-dengan-parti-baharu-tun-mahathir-254997