Kuala Lumpur: Umno dan Pas bersetuju untuk mendaftarkan Muafakt Nasional ke Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung Pas Datuk Takiyuddin Hassan berkata, kepimpinan kedua-dua parti bersepakat secara bersama untuk memberi komitmen terus mengukuhkan perpaduan dan kerjasama antara parti sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 akan datang.
Katanyanya, Mesyuarat Jawatankuasa Perunding MN yang dijadualkan semalam terpaksa ditangguhkan susulan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang dilaksanakan susulan penularan wabak Covid-19.
Difahamkan, mesyuarat jawatankuasa itu antara lain turut membincangkan penyertaan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) ke dalam MN.
Berita penuh: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/10/632683/umno-pas-setuju-daftar-muafakat-nasional