Pas lancar “jentera pacak bendera kutip sampah” di Sabah

PAS dengan kekuatan tenaga kira-kira 2,000 ahli di 20 bahagian di Sabah, akan melancarkan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kota Kinabalu, malam esok.

Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata PAS akan menggerakkan jentera pilihan rayanya bagi membantu kempen rakan dalam Perikatan Nasional (PN).

“Esok saya akan ke Sabah dan pelancaran jentera PAS akan dibuat malam esok di Kota Kinabalu.

AS berada di 20 Bahagian di Sabah dan mempunyai kekuatan tenaga kira-kira 2,000 orang,” katanya pada sidang media di Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) di sini, hari ini.

Mengenai kempen di pertembungan parti gabungan PN di beberapa kerusi, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air berkata, ia terserah kepada strategi PN.

“Setiap hari ada mesyuarat PN bagi PRN ini, jadi kita serah kepada strategi (diputuskan mesyuarat PN),” katanya.

Sabtu lalu, selepas merasmikan Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-61, Tuan Ibrahim mengakui sebahagian besar ahli PAS kecewa dengan keputusan tidak meletakkan calon dalam PRN Sabah.

Bagaimanapun, beliau berkata, PAS akur dengan keputusan itu disebabkan ingin mengelak pertembungan sesama rakan.

 

Berita penuh: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2020/09/731275/pas-lancar-jentera-pilihan-raya-esok