Pas setuju buang lambang “bulan”, guna lambang “dacing” BN

Pas setuju buang lambang “bulan”, guna lambang “dacing” BN

Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini berkata parti itu sedia bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menggunakan simbol Barisan Nasional (BN).

“PAS tidak ada masalah guna simbol BN, PAS boleh guna simbol BN di Sabah. Namun, ia terpulang kepada keputusan yang dibuat, kalau keputusan guna simbol masing-masing, guna simbol masing.

“Hal ini kerana, saya difahamkan di Sabah, ada parti di Sabah yang hendak buat simbolnya sendiri. Terpulang, kita tak ada masalah,” katanya dalam sidang media di Marang, Terengganu, hari ini.

Beliau berkata, keputusan menggunakan simbol BN bukan perkara baru sebaliknya PAS pernah bertanding menggunakan simbol itu pada 1974, ketika masih berada dalam gabungan BN.

“Jika kita guna lambang BN, ia bukan kali pertama PAS menggunakan lambang lain kerana kita pernah berbuat demikian pada 1974, ketika PAS masih berada dalam BN,” katanya.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/08/28/pas-sedia-guna-simbol-bn-kata-hadi/