Pas tak mampu berpisah dengan Umno dan Bersatu

Presiden PAS menegaskan pihaknya telah berjaya menyatukan tiga parti melibatkan PAS, Umno dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Justeru Abdul Hadi Awang berkata, PAS tidak boleh berpisah sama ada dengan Umno ataupun Bersatu.

“Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti. Kita (PAS) tak boleh berpisah dengan Umno, tak boleh berpisah dengan Bersatu,” katanya dalam kenyataan ringkas yang dimuat naik di Facebook, semalam.

Hantaran tulisan itu juga diiringi sekeping gambar beliau mengadakan pertemuan dengan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/537212

COMMENTS

Wordpress (0)