Pas teguh pertahankan PN, tak hirau Umno tarik balik sokongan

Pas teguh pertahankan PN, tak hirau Umno tarik balik sokongan

PAS menjelaskan pendirian parti itu tetap sama walaupun UMNO membuat pendirian baru berhubung hubungan dengan Perikatan Nasional (PN).

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pendirian PAS tetap sama iaitu perkukuhkan Muafakat Nasional (MN) dan pertahankan PN.

“Kita akan mengadakan perbincangan berhubung perkara ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung UMNO membuat pendirian dan cadangan untuk menarik balik sokongan terhadap kerajaan PN.

Terdahulu, UMNO memutuskan untuk meletakkan syarat baharu bagi meneruskan kerjasa mapolitik dengan kerajaan PN.

Perkara itu diputuskan melalui Mesyuarat Biro Politik Majlis Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamid di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam tadi.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, UMNO membuat pertimbangan untuk menarik diri daripada menyokong PN.

Berita penuh : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/10/630504/pas-tetap-pertahan-pn

COMMENTS