Pasukan SMART masuk ke kawasan bencana, bantu misi mencari dan menyelamat di Selatan Turkiye

Pasukan SMART masuk ke kawasan bencana, bantu misi mencari dan menyelamat di Selatan Turkiye.

Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dijangka masuk ke kawasan bencana gempa bumi hari ini, bagi membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa di selatan Turkiye.

Menurut Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), terdapat kelewatan dalam atur gerak operasi berikutan masalah kesesakan di Lapangan Terbang Adana yang menjadi pintu masuk ke kawasan bencana.

“Pergerakan menggunakan jalan darat dari Adana ke Aziantep akan mengambil masa lebih kurang tiga jam.

“Semoga dipermudahkan perjalanan dan semua urusan pasukan di sana,” katanya dalam satu kenyataan d Facebook, hari ini.

Terdahulu, NADMA berkata, SMART selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul pada jam 5.50 pagi waktu tempatan.

“Pasukan itu seterusnya diberikan taklimat sebelum berangkat ke Lapangan Terbang Adana bagi meneruskan perjalanan ke Gaziantep.

“Terima kasih kepada semua yang terbabit bagi memudahkan urusan perjalanan,” katanya.

Semalam berita melaporkan , Malaysia menghantar 75 anggota SMART untuk membantu usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di selatan Turkiye yang mengorbankan lebih 5,000 orang setakat ini termasuk di Syria.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, berkata pasukan itu dihantar selepas mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Katanya, pasukan SMART menerima pengiktirafan Kumpulan Penasihat Mencari dan Menyelamat Antarabangsa (INSARAG) pada 2016, membolehkan ia dihantar untuk menyertai misi bencana di luar negara.

BACA JUGA:

COVID19: 184 kes baharu, dua kematian dilaporkan

Ustaz madrasah bebas tiga tuduhan serangan seksual pelajar

700 veteran Angkatan Tentera Malaysia dianugerah Pingat Jasa Malaysia