Lampu tidak menyala di malam hari, tuan rumah sudah sebulan lebih tidak kelihatan. Keadaan ini teklah mengundang rasa pelik jiran setempat di sebuah kawasan perumahan berlokasi di Daerah Cinere. Akhirnya, seorang penduduk bernama Jafar nekad memeriksa sekitar rumah terbabit sebelum tiba-tiba terhidu satu bau busuk.
Jiran Pelik Lama Tak Keluar Rumah, Rangka Ibu & Anak Ditemui Dalam Bilik Air
2 beranak ditemui hanya tinggal tengkorak
Kerana bertambah curiga, dia nekad menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut. Setelah mereka memecahkan pintu yang berkunci, Jaafar terkejut tatkala melihat kaki seseorang di bilik air. Apabila dijengah, 2 tubuh dipercayai ibu dan anak lelaki ditemui dalam posisi bersebelahan, sudah membusuk dan hanya tinggal rangka.
Jiran Pelik Lama Tak Keluar Rumah, Rangka Ibu & Anak Ditemui Dalam Bilik Air
Polis temui mesej terakhir dalam Bahasa Inggeris
Selain botol minuman dan sampah makanan ringan, terdapat sebuah komputer riba ditemui beserta kandungan mesej dalam Bahasa Inggeris berbunyi “Sesiapa pun yang menjumpai mesej ini, mungkin waktu ini saya & ibu sudah tiada”. Proses post-mortem sudah dijalankan dan punca pemergian mereka berdua masih dalam siasatan. Sama ada perbuatan jenayah ataupun tindakan menamatkan hayat sendiri, hal itu belum dapat dipastikan lagi.
Jiran Pelik Lama Tak Keluar Rumah, Rangka Ibu & Anak Ditemui Dalam Bilik Air
Biasanya setiap Khamis, mereka akan ambil teksi untuk beli barang keperluan
Menurut penduduk setempat, mereka berdua digambarkan sebagai kera sumbang yang tidak gemar bercampur dengan orang lain. Bahkan, rumah mereka memang tampak kotor seperti tidak diurus. Si ibu (64) dan anaknya (38) hanya tinggal berdua kerana si bapa sudah pergi selamanya sejak 10 tahun lalu.
Jiran Pelik Lama Tak Keluar Rumah, Rangka Ibu & Anak Ditemui Dalam Bilik Air
KREDIT : Portal Depok Tribunnews
Baca : Lama diamkan diri, Datuk Red akhirnya jawab sebab cium Adira