Patutlah lama tak muncul rupanya ini yang berlaku pada Wany Hasrita yang ramai orang tak tahu

Wany Hasrita mengungkapkan bahawa dia sedang menghadapi masalah kurang semangat yang turut mempengaruhi kehidupan hariannya.

Menurut hantaran yang dimuat naik di TikTok, Nurshazwany Hasrita, atau lebih dikenali sebagai Wany, menyatakan bahawa dia mengalami peningkatan berat badan disebabkan oleh gaya hidup tidak aktif yang dipengaruhi oleh masalah tersebut.

“Dalam fasa keluar dari gua ni, saya rasa macam tak nak buat apa-apa, tak ada semangat, nak duduk makan coklat sambil tengok Netflix je. Skincare pun kelaut, berat badan pun dah naik. Lagi-lagi craving gula,” katanya.

Patutlah lama tak muncul rupanya ini yang berlaku pada Wany Hasrita yang ramai orang tak tahu

Wany berkongsi bahawa dalam tempoh seminggu tanpa motivasi, berat badannya naik hingga 59kg, yang lebih berat daripada berat badannya semasa pantang. Meskipun berat badan tidak menjadi faktor utama, namun dia merasakan tubuhnya tidak lagi cergas.

Namun begitu, kesedaran telah mula tumbuh dalam dirinya, dan penyanyi berusia 30 tahun ini telah mula merancang beberapa aktiviti untuk mengisi masa dengan lebih produktif.

“Dengan beribu sesalan, saya memulakan hidup baru dengan semangat baru dan rutin baru,” katanya.

Antara aktiviti yang dirancang oleh Wany adalah untuk mula mengikuti kelas mengaji bersama Amira Othman, serta kelas berenang bersama anaknya, Aishah.

“Seterusnya, saya akan mula kelas boxing balik. Saya telah lama meninggalkan aktiviti ini, jadi marilah kita ambil kesempatan untuk memulakan semula,” tambahnya.

Walaupun menghadapi cabaran, Wany memohon doa agar usaha dan rancangannya untuk memperbaiki gaya hidup dan semangatnya berjaya.

“Saya rasa saya perlu mencuba perkara baru. Korang doakan saya agar terus bersemangat,” katanya.

Wany juga memberi pesanan kepada sesiapa yang sedang menghadapi fasa-fasa terendah, bahawa walaupun situasi itu sukar, namun masih ada ruang untuk berubah dan menjalani kehidupan dengan penuh semangat.

Di ruangan komen, ramai warganet memberikan nasihat dan sokongan kepada Wany untuk terus bersemangat, sementara yang lain turut berkongsi pengalaman menghadapi masalah yang serupa.

Baca Juga : Tuduh Ernie Zakri curang, itu suatu fitnah mampu jatuhkan rumah tangga orang