Pilihan Raya Negeri Sarawak adalah urusan dalaman negeri dan tiada keperluan untuk orang luar dari Sarawak untuk sertai dan masuk berkempen ketika PRN berlangsung, kata Datuk Seri Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak Sarawak.
Tindakan untuk menyekat kemasukan orang bukan Sarawak dari masuk ke negeri itu dan berkempen sepanjang tempoh PRN berlangsung akan membantu mengurangkan risiko dan kadar jangkitan Covid 19.
Larangan rentas negeri di Sarawak adalah suatu kemestian, selain dari suatu cara untuk kurangkan kadar risiko kebolehjangkitan Covid 19, bukankah PRN Sarawak adalah urusan dalaman negeri, kenapa perlu orang luar menyibuk?
Boleh difahami bahawa demi melaksanakan PRN Sarawak dengan lebih selamat ketika wabak Covid 19 melanda negara kita, Sarawak mungkin berura-ura ke arah melaksanakan perintah sekatan kemasukan ke negeri itu ketika PRN dijalankan, dan Sarawak sebenarnya miliki keupayaan untuk berbuat demikian kerana kuasa imigresen adalah kuasa negeri.
Apakah rombongan ahli politik dari PN dan BN bakal dihalang dari memasuki negeri itu ketika PRN dijalankan?
Berita penuh : https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/11/03/sarawak-minister-state-election-an-internal-affair-no-need-for-non-sarawaki/1918752