Pekerja warga asing di pasar raya AEON menemui sejumlah RM18,000 dalam sebuah beg beli-belah dan memberikan contoh ketelusan dan kejujuran yang patut dijadikan inspirasi. Kejadian itu dikongsikan oleh pasar raya tersebut melalui akaun Linkedin mereka.
Pekerja tersebut menemui beg tersebut di dalam troli yang terletak di lot parkir terbuka pasar raya AEON Alpha Angle, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
Dalam beg itu terdapat duit kertas bernilai RM18,000 dalam mata wang asing, bersama dengan beberapa dokumen peribadi.
Tanpa ragu, pekerja itu membawa beg tersebut untuk diserahkan ke kaunter khidmat pelanggan.
Beg tersebut akhirnya berjaya dipulangkan kepada pemiliknya, dan selepas pemeriksaan oleh pemilik, disahkan bahawa tidak ada wang yang hilang atau diambil daripada beg tersebut.
Pasaran raya tersebut kemudiannya berkongsi kisah ini di Linkedin dan mengucapkan terima kasih kepada pekerjanya, Ram Akawal Mandal, atas kejujuran dan integriti yang ditunjukkan.
Post ini mendapat perhatian di Twitter dan mendapat pujian daripada warga maya yang menghargai keikhlasan dan tanggungjawab pekerja tersebut.
Banyak pujian diberikan kepada pekerja tersebut kerana menunjukkan ketabahan dan kejujuran dalam situasi ekonomi yang mencabar.
Beberapa warga maya mencadangkan agar pekerja ini menerima ganjaran dan pengiktirafan yang sewajarnya, seperti bonus tambahan, voucher beli-belah, atau kenaikan pangkat sebagai penghargaan kepada integriti yang ditunjukkannya.
Baca Juga : Patutlah bila ajak ‘bersama’ suami tak nak, ini sebabnya