Lumrah dalam kehidupan ada pasang surutnya termasuk dalam usaha untuk mencari rezeki.
Persoalan yang timbul adakah selamat kehidupan sempurna kita hari ini apabila ancaman kehilangan kerja bakal berlaku dalam negara.
Kemajuan dalam bidang Kecerdasan Buatan (AI) dan Pembelajaran Mesin (ML) semakin menggugat stabilitas pekerjaan di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.
Syarikat-syarikat besar kini sudah mula menggunakan teknologi ini untuk meningkatkan kecekapan dan mengekang kos, namun implikasinya terhadap pekerjaan manusia semakin terasa.
Menurut Kementerian Sumber Manusia Malaysia, lebih daripada 4.5 juta rakyat berisiko kehilangan pekerjaan menjelang 2030 jika mereka gagal mengemaskini kemahiran mereka mengikut keperluan pasaran.
Menurut Profesor Niusha Shafiabady dari Charles Darwin University, beberapa sektor pekerjaan berada dalam risiko yang tinggi.
Sektor pekerjaan asas, sokongan, dan perkhidmatan pelanggan adalah yang paling terjejas.
Contohnya, restoran di Jepun dan Eropah sudah mula menggantikan pekerja manusia dengan robot AI dalam beberapa tugas seperti penghantaran pesanan. Fenomena serupa juga telah mula diperhatikan di Malaysia.
Teknologi AI dan ML juga mengancam pekerjaan yang berkaitan dengan pengolahan data dan entri data.
Pekerjaan administratif mungkin digantikan oleh sistem AI yang mampu mengumpulkan, menganalisis, dan mengolah data secara automatik.
Selain itu, teknologi ini cenderung lebih murah daripada menggaji pekerja manusia, menyebabkan syarikat-syarikat menggunakan AI untuk menjimatkan kos mereka.
Laporan Forum Ekonomi Dunia 2023 menunjukkan penurunan yang ketara dalam sektor pekerjaan berasaskan pertanian, termasuk penurunan lebih daripada 50% dalam pekerjaan khidmat pelanggan yang kini digantikan oleh chatbot dan bantuan virtual berbentuk AI.
Sektor seperti penyeliaan pengeluaran, penyelenggaraan sistem, dan kerja dalam sektor perbankan dan perakaunan juga terancam oleh perisian AI.