Pekerja Tomok seolah-olah di Pukau

Pekerja Tomok seolah-olah di Pukau. Penyanyi Tomok yang kini bergelar usahawan francais minuman popular mendakwa pekerjanya dipukau seorang pelanggan ketika sedang berurusan di sebuah kiosk jualan di sebuah pusat beli-belah di Shah Alam, Selangor.

Perkara tersebut dikongsikan oleh pemilik nama sebenar Shah Indrawan Ismail dalam hantaran Instagram menunjukkan video bahawa pekerjanya didesak memberikan wang baki tanpa membuat pembayaran terlebih dahulu.

“Semalam pekerja saya seolah-olah kena ‘scam’ di kedai kami di Chatime Setia City Mall. Individu itu datang dan membuat pesanan air.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tomok (@tomokofficial)

“Selepas itu dia terus meminta duit baki sedangkan dia belum membuat pembayaran air tersebut,” jelasnya.

Insiden tersebut dibuktikan menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) yang menunjukkan perbuatan tidak bertanggungjawab seorang pelanggan lelaki terhadap pekerjanya.

Malah, lebih mengejutkan apabila individu itu kembali semula ke kaunter sama untuk membuat penukaran wang.

“Kalau kalian boleh tengok dalam video, dia seolah-olah memaksa untuk mendapatkan duit baki dengan cepat.

“Jadi, pekerja saya memberikan duit baki yang diminta yang bernilai RM87 dan dia datang semula untuk menukar duit dari baki yang diambil sebentar tadi,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Anggota kumpulan New Boyz itu turut berkongsi rasa kesal kerana dia baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Dalam pada itu, Tomok sudah membuat laporan polis dan meninggalkan pesanan supaya orang lain lebih berhati-hati agar tidak melalui situasi yang sama sepertinya.

“Dia terus hilang selepas kejadian dan pekerja saya rasa seperti kena pukau. Saya baru mahu meniaga tetapi dia senang-senang datang dan ambil duit dalam jumlah yang banyak.

“Hati-hati semua. Kami sudah melakukan laporan polis. Semoga individu terbabit ditangkap. Perbuatan yang sangat kurang ajar.” ujar pelantun lagu Arjuna.

Terdahulu, Tomok berkongsi rasa teruja dapat memulakan perniagaan Chatime pada 20 Oktober lalu di Setia City Mall, Shah Alam.

BACA JUGA:

VE berbalah nama kumpulan baharu akan diumumkan

Netizen tercuit hati melihat telatah Han Byul setelah mengenali identiti Siti Shower

Sebulan, belajar 5 resepi dessert senang buat, cukup masa nanti boleh buat 25 dessert jamuan Raya!

COMMENTS

Wordpress (2)