Pelajar Sekolah Digigit Guru Lelaki- KPM Sedang Siasat Kata Menteri

Kementerian Pendidikan (KPM) cakna berhubung isu tular membabitkan seorang murid enam tahun yang mengalami trauma ke sekolah selepas didakwa sering digigit gurunya.

Menurut laporan Kosmo! Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying berkata, pihaknya sedang menyiasat posting luahan ibu kanak-kanak tersebut yang dimuat naik di laman Facebook.

“Perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan kami memandang serius akan isu itu. Siasatan lanjut sedang berlangsung dan jika benar ada berlaku kes sebegitu, tindakan sewajarnya akan diambil.

Baca : PANAS!!! : Anak Trauma Ke Sekolah, Rupanya Bibir Digigit Cikgu Lelaki

“Kementerian tidak pernah membenarkan perkara seumpama ini berlaku dan langkah pencegahan akan diambil bagi memberi kesedaran kepada murid serta pelajar bahawa ia tidak sepatutnya berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Bagan Jaya, Butterworth, Seberang Perai hari ini.

Menerusi posting tersebut, ibu kanak-kanak berkenaan berasa sangsi apabila melihat anaknya pulang dari sekolah dalam keadaan tidak gembira.

Pada mulanya, ibu kanak-kanak itu menganggap kemungkinan anaknya menjadi mangsa buli sebelum mendakwa bahawa mangsa digigit seorang guru lelaki.

Baca Selanjutnya :

‘Abang Budin Lawan Jerung Kumpul Duit Beli Banglo’- Sanusi Respon Isu Tular Rumah Mewah Dikatakan Miliknya

‘Seram Ada, Sedih Pun Ada’- Ini Kisah Lagu ‘SEPHIA’ Yang Popular Oleh Band Sheila On 7

MISTERI!!! : Satu Keluarga Ditanam Belakang Rumah. Ini Kisah Sedih Rumah Banglo di Hulu Selangor