Pelajar tingkatan 1 paksa rakan sendiri menghisap kemaluannya

Pelajar tingkatan 1 paksa rakan sendiri menghisap kemaluannya

Pelajar tingkatan 1 paksa rakan sendiri menghisap kemaluannya. Ini punca sebenar pelajar tingkatan 1 yang dibelasah oleh orang awam dalam 1 video yang tular di laman sosial facebook sebelum ini. Gara-gara rakannya enggan menuruti kemahuan untuk melakukan seks oral, seorang pelajar lelaki tingkatan satu sanggup mencederakan mangsa dan mengugutnya dengan pisau.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan, kejadian berlaku petang kelmarin di sebuah taman perumahan di Gurun, Kedah.

Memetik laporan Utusan Online, mangsa yang berusia 11 tahun mengalami lebam di pipi kanan akibat ditampar dan dipukul suspek.

Malah terdapat kesan luka dan calar di dada, badan serta lutut kanan mangsa dipercayai dicederakan suspek dengan sebilah pisau.

Menurut Zaidy, sebelum itu suspek membawa mangsa menaiki kereta Perodua Kancil yang dipandunya ke sebuah kedai di taman perumahan itu.

“Semasa di dalam kereta, murid tahun empat itu diarah membuka seluar suspek dan menghisap kemaluannya tetapi mangsa enggan menyebabkan dia ditampar dan dipukul.

“Suspek kemudian membawa mangsa ke rumahnya dan mengarahkannya untuk melakukan perkara tersebut sekali lagi dan arahan itu enggan diikuti mangsa,” katanya.

Berang permintaan tidak dipenuhi, suspek kemudian mencekik leher mangsa dan mencederakannya dengan sebilah pisau menyebabkan dia takut dan berlari pulang memberitahu bapanya.

Bapa mangsa membuat laporan mengenai kejadian tersebut di Balai Polis Gurun.

Pelajar tingkatan 1 paksa rakan sendiri menghisap kemaluannya

Suspek kemudian ditahan pada pukul 7.19 malam hari sama, di rumahnya.

“Suspek kini direman empat hari untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak (AKSTKK) 2017 serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Sementara itu, mangsa dihantar ke hospital untuk pemeriksaan dan menerima rawatan lanjut, kata Zaidy.

BACA LAGI :

Satu Malaysia kena scam dengan ikon pemotoran negara, ‘kantoi’ tiada lesen memandu

Adakah benar manusia zaman nabi bersaiz besar? Ini penjelasannya…

Minyak paket makcik pisang goreng tidak boleh guna? Ini jawapan PM Ismail Sabri

COMMENTS

Wordpress (1)
  • […] Pelajar tingkatan 1 paksa rakan sendiri menghisap kemaluannya […]