Pelakon klip video raya Aliff Syukri kena kecam kaw-kaw

Di dalam keadaan ekonomi yang gawat, ramai orang sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan hidup. Tidak kiralah terpaksa menjadi karakter ‘kurang bijak’ dan sebagainya asalkan dapat menerima wang yang lumayan.

Baru-baru ini seorang lelaki telah membuat perkongsian di sebuah grup FB tentang menjadi salah seorang pelakon ekstra untuk seorang usahawan terkenal di Malaysia.

Dia dengan bangganya mendedahkan telah menjadi pelakon ekstra di dalam satu flash mob di rumah usahawan itu dan mengaku menjadi antara penyokong tegar beliau.

Pelakon klip video raya Aliff Syukri kena kecam kaw-kaw

Dalam masa yang sama, dia berseloroh mengatakan tidak kisah jika dikecam teruk oleh netizen asalkan dirinya disiarkan di media massa.

Seperti yang dijangka, hantaran lelaki itu sememangnya telah dipenuhi dengan kecaman daripada netizen. Mereka menempelak tindakan lelaki itu kerana sanggup menjatuhkan air muka demi menerima secebis habuan wang semata-mata.

Ada yang berseloroh mengatakan setakat imej lelaki tersebut dipaparkan di televisyen untuk perkara sia-sia bukanlah sesuatu perkara yang patut dibanggakan.

“Janji dapat duit, kena buat benda bodoh dan diperbodohkan pun tak pe. Nasib buat ramai-ramai. Kesian,” komen pedas seorang netizen.

“Standard B40 akhir zaman.. yang penting dapat duit,” kongsi seorang netizen lagi.

“Bayar RM5,000 pun aku tak akan buat camni,” kongsi seorang netizen lain.

Bagaimanapun, ada yang berpendapat tindakan lelaki itu masih boleh diterima selagi tidak melanggar hukum agama. Bagi segelintir netizen, masing-masing mempunyai cara tersendiri dalam mendapatkan wang demi kelangsungan hidup.

Baca juga: Setahun isteri hilang, rupanya mayat dah ditanam depan rumah