Pelakon Malaysia akui industri lakonan dah tenat, “jual burger tepi jalan lagi banyak dapat!”

Tawaran gaji sebanyak RM150 sehari untuk berlakon telah menimbulkan kekecewaan dalam kalangan pelakon berpengalaman seperti Riezman Khuzaimi. Beliau mengkritik kekikisan produksi yang tidak menghargai usaha pelakon.

Kontroversi ini mencetus apabila Azlee Senario sebelum ini mendedahkan bahawa beliau juga pernah ditawarkan bayaran serendah RM500 sehari untuk penggambaran, yang beliau anggap terlalu rendah dan menolaknya.

Walaupun ada yang memahami dan memberi sokongan kepada Azlee atas pandangan tersebut, namun Riezman Khuzaimi membidas tawaran sebegini. Baginya, jumlah tersebut tidak mencerminkan nilai sebenar seorang pelakon, terutamanya memandangkan Azlee merupakan pelakon, penyanyi, dan pelawak.

Pelakon Malaysia akui industri lakonan dah tenat, "jual burger tepi jalan lagi banyak dapat!"

Riezman sendiri berkongsi pengalaman serupa, di mana beliau ditawarkan RM150 sehari untuk berlakon dalam sebuah drama mega. Walaupun pada permulaannya beliau menganggap tawaran RM1,800 sehari adalah menarik, namun beliau kemudian sedar bahawa jumlah itu hanya akan dibayar jika beliau berjaya menghasilkan 12 babak dalam sehari tersebut.

Ketika melihat jadual penggambaran, Riezman mendapati bahawa beliau dijangka untuk menghasilkan lebih daripada 12 babak dalam satu hari, namun hanya dibayar mengikut jumlah minimum jika prestasi tidak mencapai sasaran tersebut.

Baca juga: “Aku terkejut tahu nenek aku ada skandal dengan suami, kantoi bila tengok whatsapp jijik ni..”