SIKAP ingin tahun ketika usia meningkat dewasa telah mendorong pengacara asal Indonesia iaitu Andre Taulany melakukan perbuatan disifatkan terlalu nakal.
Berkongsi pengalaman sewaktu kecil, Andre, 50, mendedahkan dia pernah mengintai pembantu rumahnya yang sedang mandi.
“Kenakalan yang pernah saya lakukan adalah mengintai pembantu mandi. Saya tidak ingat kejadian itu pada usia berapa mungkin masih di sekolah rendah,” katanya.
Andre kongsi kisah nakal zaman kanak-kanak.
Andre berkongsi cerita itu dalam satu temu bual bersama pelakon Denny Sumargo.
Mendengar pengakuan spontan itu, Denny juga tidak menyangka Andre mampu berfikiran sedemikian walaupun masih di usia kanak-kanak.
Andre kemudian memberitahu perbuatan nakalnya itu disedari oleh wanita berkenaan sehingga menyebabkan dirinya basah disimbah dengan air.
“Ada ruang terbuka di bahagian bawah pintu bilik mandi, biasanya ditutup dengan kayu. Tetapi saya cuba untuk alihkan kayu tersebut.
“Awalnya hanya nampak kaki dia, apabila pandangan sampai ke bahagian atas dia mula sedar dan habis saya di siram,” ceritanya.
Baca juga: Lan Pet Pet baru nak mula hidup, barang dapur RM10K pula kena curi